Rahsia Tuan Faris Hit 83% Closing Rate dengan FB Ads

Rahsia Tuan Faris Hit 83% Closing Rate dengan FB Ads

Prospek memerlukan 6 hingga ke 8 touch points dengan brand sebelum bersedia untuk membuat pembelian.

Dulu business owners guna tv, radio dan surat untuk sampaikan mesej mereka kepada target audience.

Tapi sekarang dah mudah. Guna FB Ads, messenger atau whatsapp pun dah boleh hasilkan ROI yang lumayan.

Dengan syarat, kita kena tahu bagaimana untuk struktur dan susun mesej iklan dengan betul supaya dapat convert leads into sales dengan efektif.

Dalam post ni, anda akan belajar bagaimana untuk strukturkan iklan FB Ads supaya dapat pastikan setiap touch point brand dengan prospek beri impak kepada ROI dan jualan online anda.

Saya juga akan kongsikan strategi yang sama di mana Tuan Mohd Faris telah guna untuk close 83% leads yang telah PM beliau untuk dapatkan produk.

Zoom in untuk lihat data.

Punca Leads Anda Tak Convert

Sebelum ni beliau spend RM70 – RM100 sehari. 30 orang PM, 6 orang beli.

Sekarang spend RM26 sehari, 6 orang PM tapi 5 orang beli.

Saya nak highlight 2 perkara dari perkongsian Tuan Mohd Faris.

Dari RM70 ke RM26 sehari, kos iklan drop lebih 62% manakala closing rate pula skyrocket dari 20% ke 83%.

Kerja nak layan prospek makin kurang dan sales pun meningkat.

Sekarang, jom kita bedah siasat kenapa leads tak convert into sales terlebih dahulu.

Berikut adalah beberapa punca besar kenapa leads tak convert:

  • Iklan anda tarik leads yang murah dan tak berkualiti, maka hasilnya pun murah dan membuang masa untuk layan orang yang tak relevan dengan produk.
  • Sales funnel anda berselerak. Anda hantar iklan dan bagi konten yang audience tak kisah pun untuk baca. Mesej iklan untuk strangers dan audience yang berminat bercampur aduk.

Kadang – kadang, even dah jadi customers pun mereka masih dapat iklan hardsell. Rugi sebab FB masih akan charge kita everytime iklan tersebut dipaparkan.

3 Struktur Utama & Mesej Dalam Sales Funnel

Retarget Audience yang Engaged dengan OBC

Saya nak anda tahu dengan jelas tanpa gagal yang:

Untuk approach orang yang tak kenal brand, ada cara dan mesejnya tersendiri.

Untuk orang yang dah kenal dan berminat dengan produk, lain pula mesejnya.

Begitu juga untuk orang yang dah beli. Ada mesej khas yang patut disampaikan untuk buat mereka jadi repeat customers.

Jadi anda kena susun mesej ni betul – betul supaya dapat tukar mindset prospek dari

Strangers: ‘Aku tak kenal kau, aku online ni nak baca Siakap Keli je..’

kepada

Leads: ‘Erm macam best lah pulak produk ni’..

kepada

Prospek:‘ Alamak bestnya, aku nak beli sekarang juga..’

Iklan yang berstruktur ada 3 fasa utama dan ada mesej khas untuk setiap kategori audience.

Fasa 1: Traffic Generation

Contoh Iklan TG (Website & Canvas)

Fasa ni khas untuk approach strangers, attract audience yang relevan dan tapis high quality leads untuk masuk ke dalam sales funnel.

Ia juga bertujuan untuk educate audience tentang produk yang anda jual.

So first step, bina branded content yang mengandungi advice, tips atau how to guide. Gunakan rule 80/20 semasa nak bina content tersebut.

80% isi content tu akan mengandungi advice dan tips. 20% selebihnya anda akan gunakan untuk suggest atau recommend produk anda sebagai solution.

Sebagai contoh, anda jual produk untuk maintain swimming pool. Anda boleh buat branded content tentang “5 trick mudah untuk kurangkan kos penyelenggaraan swimming pool anda.”

Yang respond dengan content tu tentulah majoritinya orang yang ada swimming pool. 

Kalau takda kena mengena, mereka akan scroll away.

Dari lautan audience di FB, content tu akan tapis orang yang relevan dengan swimming pool sahaja.

Bila kita educate dan letak lead magnet di bawah content dengan CTA yang podu, kita akan tapis lagi dan tinggalkan leads yang betul – betul berkualiti sahaja masuk ke dalam sales funnel.

Sebab tu kos iklan Tuan Faris drop dan closing ratenya meningkat.

Antara faktornya adalah useful content yang mengundang banyak shares.

Leads yang masuk pula telah ditapis berkali – kali hingga tinggalkan yang betul – betul berminat sahaja masuk ke dalam funnel.

Sebab tu proses closing di whatsapp mudah sehingga hit 83%.

So jangan lupa, content attracts the right people into your sales funnel. 

Yang penting, pastikan content tu bagi jalan penyelesaian untuk masalah yang related dengan produk anda.

Fasa 2: Persuasion

Solution = Persuasion Ads!

Iklan fasa kedua ni kita hantar khas untuk orang yang dah kenal dan berminat dengan produk tapi masih belum buat pembelian.

Apa yang kita akan buat ialah retarget audience dan leads yang kita dah tapis tadi dgn FB Ads untuk buat mereka lebih familiar dengan produk kita.

Dalam konten iklan tu, anda kongsi cerita dan tunjukkan bagaimana produk anda bawa perubahan kepada pengguna.

Tunjukkan bagaimana nak guna atau kendalikan produk tu dan apa yang mereka akan dapat atau experience selepas gunakan produk atau servis anda.

Sebagai contoh, kalau anda jual spray untuk hilangkan watermark pada cermin kereta.

Buat product demo dan tunjukkan bagaimana nak guna produk tersebut. Kemudian tunjukkan hasilnya.

Pada masa yang sama anda akan bagi tips dan maklumat penting supaya target audience anda dapat achieve perubahan yang sama. 

Fasa 3: Open Cart

Sekarang kita masuk pada fasa ketiga iaitu Open Cart.

Dalam fasa ni, audience anda dah familiar dengan brand dan dah tahu details tentang produk. So bila audience dah kenal, proses menjual akan jadi mudah

Untuk audience yang dah beli produk masa fasa persuasion, mereka akan dikecualikan daripada nampak iklan ketiga ni.

Sebab dalam setiap iklan, kita akan exclude custom audience khas untuk yang dah jadi customers.

Ini untuk pastikan yang bajet iklan kita cuma akan dibelanjakan untuk dapatkan pelanggan baru sahaja.

Contoh Setting Iklan OC

Misi utama iklan dalam fasa ketiga ni ialah untuk remind audience yang belum purchase dan encourage mereka supaya take action dan beli produk.

Anda tak perlu berleter panjang dalam fasa ketiga ni sebab anda dah terangkan segala details dalam fasa 1 dan fasa 2 tadi.

Dalam fasa ni, anda akan fokuskan pada 2 elemen penting sahaja

  1. Impacts dan feelings selepas pakai produk (experience)
  2. Call to action.

Sekarang saya akan bagi contoh untuk impacts dan feelings.

Katakan lah saya jual tilam.

Orang beli tilam mahal bukan sebab mereka tak boleh tidur atas toto. Tapi mereka nak experience better night sleeps.

Jadi, jangan fokuskan kepada features atau ciri – ciri produk tapi fokuskan kepada impacts.

Contoh: “Alami tidur yang lena di atas tilam berkualiti hotel 5 bintang di setiap malam dekat rumah anda sendiri”.

Jadi, utamakan impacts dan feelings. Prospek anda buat decision menggunakan emosi dan justify menggunakan logic.

Mereka tak peduli pun pasal produk anda, tapi mereka peduli pasal apa yang produk anda boleh buat untuk mereka.

Jadi don’t sell the product, sell what your product can do.

Sekarang kita masuk pada elemen yang kedua iaitu call to action.

Bahagian ni simple sahaja. Pastikan call to action anda ringkas dan mempunyai mesej yang jelas.

Direct audience anda apa yang mereka perlu buat untuk dapatkan produk yang anda jual.

Dalam fasa ni, misi anda ialah untuk encourage audience supaya take action.

Jadi apa yang anda nak audience anda lakukan. Call anda? Mesej di facebook? Whatsapp? Terus checkout di website?

Contoh: Klik pada link di bawah untuk Whatsapp kami dan dapatkan produk X.

Impak Iklan FB Ads Yang Berstruktur

Sebelum guna FB Ads Funnel Tuan Mohd Faris spend RM70 – RM100 sehari, 30 orang PM, 6 orang beli.

Sekarang spend RM26 sehari, 6 orang PM tapi 5 orang beli.

Kos iklan drop lebih 62% dan closing rate pula skyrocket dari 20% ke 83%. Kerja nak layan prospek makin kurang dan sales pun meningkat.

Ini bukanlah success story pertama dari kelas FB Ads Game Plan. 

Dah ramai yang berjaya untuk skyrocket jualan mereka dengan perbelanjaan bajet iklan FB Ads yang lebih tersusun.

Anda berminat nak belajar dan jadi closer macam Tuan Faris?

Antara perkara yang anda akan belajar:

  • Teknik bina iklan FB Ads yang berstruktur dan susun funnel untuk attract, educate dan bina trust supaya dapat convert leads menjadi pelanggan dengan mudah.
  • Bina konten untuk tarik traffic & leads, konten bina trust dan iklan hardsell melalui results proven format dan contoh ayat yang disediakan.
  • Strategi retargeting dan follow up bersistem untuk shift mindset audience dari strangers ke customers dengan efektif.
  • Metrik dan indicator penting untuk bantu anda pastikan kempen mana yang anda kena stop dan yang mana anda kena continue dan scale tanpa perlu hilang profits.

Bukan sahaja dapat belanjakan bajet iklan dengan teratur tetapi dapat jimat masa dari layan orang yang tak relevan dengan produk.

Klik pada button di bawah untuk sertai game plan dan run iklan anda melalui FB Ads Funnel yang berstruktur seperti Tuan Mohd Faris dan Game Plan members yang lain.