Case study: Cara saya naikkan conversions dari 0.8 ke 11.5%

ROAS naik dari 0.94 ke 10.6X! Di bawah ni, saya terangkan 2 perubahan yang saya buat untuk tingkatkan conversions & ROAS πŸ‘‡πŸ»

Baru – baru ni, saya ada start projek flipping dalam niche kesihatan

15 April 2024, saya start run iklan.

Saya buat 5 iklan dengan bajet RM60 setiap satu.

Setiap kempen target audience yang berbeza dan guna advert yang berbeza.

Dalam setiap advert tu pula, saya test hook dan headline yang berbeza.

Tujuannya ialah untuk β€˜seru’ audience yang berbeza dan tengok angle mana yang paling berkesan untuk produk ni.

Results Hari Pertama

Pada hari pertama, ada 2 customers sahaja dan conversion rate cuma 0.8%.

Total sales yang dihasilkan ialah RM218 daripada spending RM230!

ROAS? 0.94! Ahh mampuihh.

Iklan saya berjaya tarik minat ramai orang untuk visit landing page tapi cuma 2 orang sahaja yang convert.

Breakeven ROAS saya untuk kempen ni ialah 1.86. Maksudnya, ROAS kena di atas angka 1.86X untuk stay profitable.

ROAS 0.94X tu memang dah jauh tersasar dari target minima 1.86X.

β€œMaybe, orang tengah busy. Baru balik dari raya kan”.

Tengah fasa split test lagi jadi saya biarkan je dulu kesemua kempen iklan ni berjalan.

Di bawah ni ialah results dari hari kedua sampai hari keempat.

Results Hari ke-2

  • Sales: RM137
  • Conversion Rate: 1.4%
  • Spent: RM69.54
  • ROAS: 1.97

Results Hari ke-3

  • Sales: RM76
  • Conversion Rate: 1.2%
  • Spent: RM67.34
  • ROAS: 1.13

Results Hari ke-4

  • Sales: RM165
  • Conversion Rate: 3.6%
  • Spent: RM39.28
  • ROAS: 4.2

Hari 1 – 3, memanjang rugi dan breakeven.

Hari keempat, barulah ada nampak sinar sikit.

Tapi still tak boleh jadi kalau berterusan macam ni jadi saya buat 2 perubahan pada website dan iklan.

#1. Perubahan di Website

Yang pertama, saya ubah dekat bahagian headline. Saya guna ayat yang lebih targeted dan direct dengan target audience.

Untuk copywriting, ni je yang saya tambah. Lain – lain macam bahagian problem, solution etc tu saya guna je apa yang saya dah kumpul masa buat customer avatar.

Yang kedua, saya tambah payment option untuk credit card dan cash on delivery.

#2. Perubahan di Facebook Ads

Dekat bahagian Facebook Ads pula, saya buat 4 iklan baru.

Setiap adset, saya guna target audience yang berbeza.

Audience yang dah hasilkan sales walaupun ROAS rendah, saya ambik dan gunakan dalam kempen baru.

Dekat advert, saya guna the best performing advert dari hari pertama sampai hari keempat.

Kiranya dalam kempen baru ni, saya guna kombinasi best performing audience dan advert sahaja.

Dari screenshot di atas, kita boleh lihat yang dari 5 advert yang saya try. Cuma advert 4 je yang bagi banyak purchases dan ROAS positif.

Untuk audience pula, saya ambik audience yang dah hasilkan sales (walaupun ROAS rendah) dan guna semula dalam kempen baru.

Di bawah ni ialah results hari ke-5 lepas saya buat 2 perubahan yang saya terangkan tadi.

Results Hari ke-5

  • Sales: RM836
  • Conversion Rate: 11.5%
  • Spent: RM78.89
  • ROAS: 10.6X

Di bawah ni ialah results dan performance dari ads manager untuk hari ke-5.

Kos landing page masih maintain sekitar RM1.05 tapi sales dan ROAS meningkat.

Tapi tu baru results untuk 1 hari lepas buat perubahan, what if it was just a plain luck?

Jadi saya teruskan kempen tu.

Results Hari ke-6

  • Sales: RM908
  • Conversion Rate: 10%
  • Spent: RM76.52
  • ROAS: 11.86X

Results Hari ke-7

  • Sales: RM809
  • Conversion Rate: 6.1%
  • Spent: RM83.62
  • ROAS: 9.67X

Hari ketiga lepas buat perubahan, conversion rates turun dari 10% ke 6% tapi ROAS masih lagi tinggi.

Kalau angka ROAS 9.6 – 11.86X, barulah berani nak scale up dan tekan bajet.

Kalau ROAS 1 – 2X macam sebelum ni, mampuih nak naikkan 20% pun tak berani.

Surprisingly, lepas tambah COD, still ramai juga yang guna online banking (FPX).

Disebabkan audience saya berumur 35-54, ramai juga yang ambik option untuk COD.

What's Next? Scale up! πŸš€

Dah jumpa winning kempen, next step biasanya scale up dan tingkatkan bajet lah kan?

Tapi buat masa ni, saya cuma akan ride bajet RM80 sehari dulu untuk kempen – kempen ni.

Dah mula minggu gaji nanti (25 hb and above), baru saya naikkan bajet dan scale up guna strategi dalam Flipping PRO & Max Conversions 2.0.

Jadi tu ialah apa yang saya ubah untuk naikkan conversion dari 2% ke 10%.

ROAS pun naik dari 0.8 ke 10X.

Dalam case study ni, saya dah share apa yang saya buat.

Dari kempen yang tak ada harapan, bertukar ke jualan konsisten dengan conversion rates & ROAS yang positif, alhamdulillah.

Saya harap case study ni berguna untuk anda dan kalau ada soalan, boleh tanya saya dalam group Whatsapp Ecom Flipping Method 😊

Jom belajar dengan lebih terperinci dari A - Z dalam Flipping PRO πŸ‘‡πŸ»

Apa yang anda akan belajar?

βœ… Software cari produk winning

βœ… Max Conversions 2.0: Strategi proven untuk setup & scale FB Ads.

βœ… Tutorial & Template sales page high converting.

βœ… Game Plan Flipping PRO

βœ… Blueprint Bina Offer

Boleh klik button di bawah untuk baca lanjut tentang chapter penuh dalam Flipping PRO. πŸ‘‡πŸ»