[Case Study] 302% ROAS Dalam 14 Hari Dengan Facebook Ads

Kempen Facebook Ads ni saya jalankan pada Q2 tahun 2018, lebih kurang sebulan sebelum raya aidilfitri.

Produk dalam case study ini adalah produk homemade, dimana saya buat semuanya dari scratch dengan bantuan dan nasihat dari pakar.

Selepas buat persediaan, saya terus order semua bahan yang diperlukan secara online from the comfort of my papa bear chair.

It took a week or so untuk barang – barang sampai dari various suppliers, some from here and some from overseas.

Tentang Produk

Ilham untuk buat Dead Sea Mud Mask ini datang daripada brand Lush.

Saya sangat tertarik dengan keunikan produk dari Lush iaitu Ocean Salt Scrub dan cara mereka present produk tersebut.

Dengan bajet yang seminima mungkin, saya berjaya hasilkan 118 bekas dead sea mud mask dengan berat 100g each.

Mengikut calculation awal sepatutnya saya dapat 130 bekas tapi mungkin ada yang tercelet celet dan tertumpah sana sini membuatkan saya short 12 bekas.

Saya ketepikan 100 bekas untuk dijual, selebihnya untuk kegunaan lain seperti kumpul testimoni dan kegunaan sendiri.

Everything about Gold Rose Naturals was new. Facebook pagenya, Instagram Profile, Ads Account, Pixel etc semuanya baru.

Saya jalankan beberapa mini test sebelum lancarkan full ads campaign.

Mostly on testing the price tag and figuring out jenis konten apa yang boleh bagi saya maximum impact dan ROAS dari kempen traffic generation saya.

Fasa 1: Traffic Generation

Dalam fasa ini, misi utama saya adalah untuk generate targeted traffic dan educate mereka tentang lumpur laut mati.

Selepas buat sedikit research, saya siapkan 1 branded content yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan.

Kemudian saya recycle konten tersebut untuk di jadikan iklan dalam format canvas.

Untuk traffic generation, saya gunakan dua branded content. Satu dalam bentuk blog post, 1 lagi adalah recycled version dalam bentuk canvas.

Saya gunakan Facebook dan Instagram feed sebagai placement untuk canvas dengan adset yang berbeza.

Untuk blog post pula, saya guna Facebook news feed dalam adset yang berbeza (mobile & desktop)

Jumlah yang di belanjakan pada traffic generation dan testing ialah RM679.72 dan berikut adalah iklan canvas dan salah satu advert untuk blog post dari kempen ni.

Penerangan: Branded Content

Ada 4 fungsi utama branded content dalam game plan Facebook Ads iaitu:

  • Attract super targeted audience.
  • Introduce brand anda.
  • Educate audience tentang produk.
  • Generate HIGH QUALITY leads

Sekarang saya akan terangkan bagaimana branded content akan bantu untuk tarik audience yang super targeted ke dalam sales funnel anda.

Content attracts laser targeted audience.

Contoh: Saya jual shampoo untuk kucing bebas daripada kutu dan kurangkan keguguran bulu.

Target audience saya ialah orang yang ada kucing dan betul – betul passionate dengan kucing.

Audience ni tricky sikit sebab kebanyakan orang yang ada interest pada kucing di Facebook kadang – kadang sebab mereka suka tengok funny cat videos sahaja.

Tapi bila saya buat iklan branded content tentang:

  • 5 Cara Mudah Untuk Kucing Anda Bebas Daripada Kutu
  • 6 Tips Berkesan Untuk Kurangkan Keguguran Bulu Kucing Anda.

Siapa yang akan stop untuk baca, komen, like dan share konten ni?

Tentulah cat owners yang mengalami masalah – masalah tersebut. Kalau konten tu tak relevan dengan masalah, mereka akan scroll away.

Jadi begitulah cara branded content tapis audience yang super targeted dari lautan manusia di Facebook untuk produk anda.

Selain attract super audience dan leads ke dalam sales funnel anda.

Branded content juga akan bantu untuk educate tentang produk dan ‘bridge’ kepercayaan audience dengan brand.

Branded content ‘bridge’ kepercayaan audience dengan brand anda

Daripada kempen traffic generation ni, saya dapati bahawa cost per click di Instagram adalah jauh lebih rendah tetapi kos untuk acquire customer lebih tinggi dari audience di Facebook.

People react to different content differently, sebab itu kita kena recycle branded content kita into different formats.

Ada yang suka tengok video, ada yg suka canvas, ada yg suka baca blog dan ada yang tidak. Lain orang, lain minatnya.

Tapi apa yang penting ialah, the core values and messages in every phase of the funnel must be aligned carefully.

Jadikan branded content sebagai konten utama produk kita. Daripada situ, kita boleh potong dan ambil bullet points untuk jadikan post di Facebook atau Instagram.

Sebab itu kita kena labur masa untuk buat branded yang indepth, berkualiti dan kalau boleh hasilkan content yang evergreen.

Takdalah kerja kita hari – hari nak kena buat content kan. Expert seperti Bryan Harris setuju yang posting everyday hanyalah mitos.

In this very noisy space of digital advertising world, the main goal is always to deliver the right and impactful message so that audience can really remember about our brand. 

Fasa 2: Persuasion

Dalam fasa 2, saya nak move mereka further down the sales funnel dengan meyakinkan mereka tentang produk menggunakan testimoni dan recommendations.

Ketika itu saya cuma ada 5 testimoni sahaja. Saya pilih 2 yang terbaik untuk diletakkan dalam content persuasion.

This is where we tell a story tentang bagaimana lumpur laut mati bawa perubahan kepada pengguna produk.

Saya ambil screenshot review pelanggan di Facebook kemudian letakkan pada iklan produk. Pada awal ayat iklan, saya gunakan emoji 5 bintang kemudian highlight part penting dari testimoni pelanggan.

Penggunaan emoji dalam Facebook Ads boleh berikan boost pada CTR kerana emojis are eyecatching but please do not overuse it.

Selepas audience klik, ia akan bawa mereka ke satu page yang menceritakan tentang journey pelanggan dan bagaimana lumpur laut mati memberikan impak pada kulit mereka.

Total yang di belanjakan pada testing dan iklan pada fasa persuasion ialah RM169.24. 

Simple images were used but clear and direct to the point, berikut adalah antara salah satu iklan persuasion yang saya gunakan.

Fasa 3: Open Cart

Pada hari ke 5 selepas baca branded content, saya retarget semula audience tadi dengan iklan open cart.

Mesej utama dalam fasa ni ialah untuk ingatkan audience yang produk ni akan sedut kekotoran yang berada jauh dalam kulit mereka macam vakum.

Yang kedua, perubahan ketara boleh dirasai selepas 15 minit sahaja walaupun untuk pemakaian kali pertama.

Such a bold marketing hype but it works, just like that in 15 mins. Adik saya sapu lumpur ni pada lutut kawannya dalam bentuk bulat.

Apa yang jadi lepas 15 – 20 mins ialah we can see clear as a day ada tompok putih pada lutut kawan adik saya dengan tesktur kulit yang lebih lembut.

That’s when I know this thing really – really works. Also, I don’t recall his friend coming to our house in shorts again.

By the way, saya gunakan SenangPay dan OrderSini untuk collect pesanan dari pelanggan.

Pada fasa open cart, sebanyak RM150.62 telah di belanjakan pada testing dan iklan. Gambar berikut adalah salah satu iklan dari fasa open cart.

Final Results

  • Total Spent = RM999.58
  • New fans = 213 Page likes
  • Instagram = 54 followers
  •  Cost per fan = RM3.73
  • New sales = RM4018 (82 pelanggan)
  • CPA = RM12.19 per customer
  • ROAS = 302%

Walaupun masa ni saya ada lagi a few days atau maybe a week before pos laju tutup perkhidmatan untuk cuti hari raya, saya terima banyak complaints dari customers yang mengatakan barang mereka tak sampai lagi.

Ada yang dah order more than 10 days ago, did I panic? Of course and I am very bad at handling upset women.

Kekurangan ilmu saya dalam mengurus physical business with postage etc membuatkan iklan ditutup lebih awal dari yang sepatutnya.

In 2019, kalau ada masa dan rezeki saya akan rebrand Gold Rose dengan nama dan packaging yang baru. As for now the pages are mostly set to unpublished kecuali Instagram.

Rooms For Improvements

Fokus pada pembinaan content yang kukuh untuk canvas ad, rupa  yang moden tanpa solid points adalah usaha yang sia – sia.

Kumpul lebih banyak testimoni dan invest pada influencer marketing, this is instant boost for your brand.

Follow up dengan leads anda menggunakan email atau Messenger bot sebagai salah satu conversion booster.

Saya akan gunakan Woocommerce, billplz and other plugins untuk setiap experiment bermula dari 2019 supaya dapat automate sales process sebanyak yang boleh.

Dalam case study yang akan datang, saya akan kongsi insights dan data yang lebih terperinci untuk Autopilot Facebook Ads Funnel dengan bantuan autoresponder.

Tidak jelas & perlukan bantuan? Sila tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

18 replies on “[Case Study] 302% ROAS Dalam 14 Hari Dengan Facebook Ads

Leave a Reply to Baem Ashrawi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *