Bagaimana Iklan FB Ads Ni Hasilkan 1565% ROI Dalam Masa 12 Hari

Anda tak perlu ada bajet iklan yang besar untuk jana ROI positif dengan FB Ads. Apa yang anda perlukan ialah Game Plan dan strategi yang kukuh.

Kempen FB Ads yang saya kongsikan dalam case study ni telah jana RM3596 daripada bajet RM215.86 sen dalam masa 12 hari.

Dalam erti kata lain, setiap RM1 yang dilaburkan pada iklan telah membawa pulangan sebanyak RM15.65 sen.


Sebelum kita beralih kepada strategi, sekarang saya nak anda faham tentang satu perkara penting ni terlebih dahulu.

Ni adalah cara 99% peniaga buat Facebook Ads

99% peniaga online buat FB Ads dengan menggunakan kaedah interruption marketing atau saya panggil teknik rambo.

Kenapa rambo? Sebab main redah je!

Biar saya terangkan bagaimana interruption marketing ni berfungsi:

  1. Anda pilih produk yang anda nak jual.
  2. Anda setup audience, gambar dan sales copy.
  3. Anda launch ads tersebut.

Pernah buat kan? Bukan anda je yang pernah buat macamni, dulu saya pun sama.

Masalah utama dengan kaedah diatas ni?

Facebook bukan marketplace macam Amazon, Lazada atau Shopee.

Tujuan orang login ke Facebook sebab nak dapatkan perkembangan terkini dan berhubung dengan sahabat mereka.

Jarang sekali kita dengar orang login ke Facebook untuk membeli belah dan belanjakan wang.

Kaedah diatas dipanggil hard selling, memaksa dan anda sedang melayan bakal pelanggan anda macam dompet bergerak.

Interruption marketing hanya akan menyebabkan anda dapat banyak pertanyaan malahan buat jualan yang sedikit.

Ini kerana audience anda berada dalam mindset untuk bersosial dan bukan untuk membeli walaupun mereka ada minat dengan apa yang anda jual.

Strategi & Jalan Penyelesaian

Anda kena faham tentang social advertising supaya dapat approach cold audience (strangers) di Facebook dengan teknik yang betul untuk shift minat mereka supaya beli produk anda.

Kalau anda nak stay profitable dan terus berkembang, anda kena fokus pada brand building dan fahami the art of social advertising.

Di bawah ni saya akan terangkan 4 strategi yang anda boleh guna dan praktikkan pada bisnes anda supaya dapat buat keuntungan yang berterusan.

Kalau anda nak mahir macam bomoh FB Ads, kena kuasai 4 strategi ni, real talk.

Strategi 1: Branded Content Marketing

Tak kira lah anda buat bisnes apa pun, kalau anda nak bisnes tu untung dan berkembang dengan pantas, maka mula guna content marketing sekarang.

Gunakan content marketing untuk dekati cold audience iaitu orang yang tak kenal pasal produk / perkhidmatan anda dan kenalkan brand anda pada mereka.

Anda boleh gunakan blog post, video ads, infographics atau artikel pendek pada Facebook page untuk buat on brand content ini.

Post content yang mengandungi informasi, nasihat, tips, tutorial atau panduan.

No selling, no promoting tapi 100% informasi yang bermanfaat dan maklumat berharga dalam post tu.

Yang penting konten tersebut ada kena mengena dengan masalah yang produk anda boleh selesaikan.

Bila anda bagi maklumat berguna dan percuma pada audience, anda akan posisikan brand anda sebagai pakar industri.

Secara tidak langsung anda akan bina relationship (engage) dan dapatkan kepercayaan mereka.

Menjual produk pada audience yang dah kenal dan percaya dengan brand anda lebih mudah daripada menjual kepada orang yang tak kenal produk anda (Cold Audience).

Guna Facebook Ads dan invest pada content marketing untuk kenalkan brand anda.

Sekarang saya akan bagi contoh bagaimana branded content berfungsi untuk tarik audience yang super targeted kedalam sales funnel.

Contoh: Saya jual shampoo untuk kucing bebas daripada kutu dan kurangkan keguguran bulu.

Target audience saya ialah orang yang ada kucing dan betul – betul passionate dengan kucing.

Audience ni tricky sikit sebab kebanyakan orang yang ada interest pada kucing di Facebook kadang – kadang sebab mereka suka tengok funny cat videos sahaja.

Tapi bila saya buat iklan branded content tentang:

  • 5 Cara Mudah Untuk Kucing Anda Bebas Daripada Kutu
  • 6 Tips Berkesan Untuk Kurangkan Keguguran Bulu Kucing Anda.

Siapa yang akan stop untuk baca, komen, like dan share konten ni?

  1. Audience ni ada kucing dekat rumah? Yes. 
  2. Kucing mereka ada masalah kutu dan bulu gugur? Yes, correct!

Yang akan respond, klik dan baca content ni tentulah pemilik kucing yang sedang mengalami masalah tersebut kan?

Mereka ni la audience yang paling sesuai untuk saya jual Shampoo hapuskan kutu kucing ni.

Kalau konten tu tak ada kena mengena dengan target audience, mereka akan scroll away.

Contoh lain jika anda dalam niche fashions, anda boleh buat konten seperti ini untuk attract potential audience anda.

Bila anda guna content marketing, Facebook page anda pun tak penuh dengan post menjual sahaja.

Bila anda banyak kongsi tips dan cadangan, jumlah likers anda juga akan meningkat dengan ketara.

Fungsi OBC dalam fasa traffic generation ialah untuk pastikan kita cuma Tarik Audience yang sesuai untuk produk masuk ke dalam sales funnel.

Kalau kita isi custom audience dengan orang yang berkenaan dengan produk, mestilah iklan retargeting kita meletop – letop dengan sales nanti.

Tips Buat Iklan Branded Content:

  1. Buat iklan branded content dengan objektif Traffic atau View Content.
  2. Buat Custom Audience khas untuk yang dah baca branded content.
  3. Buat iklan khas kepada Custom Audience tu dengan iklan Retargeting. (More on this later)

Strategi 2: Pixel, Custom Audience, Strategic Retargeting & Custom Conversion

Sebelum anda launch iklan branded content, jangan lupa untuk install pixel di website anda terlebih dahulu.

Pixel ni adalah tracking code yang digunakan untuk track conversions dan actions seperti click, purchase atau leads yang berlaku di website anda.

Dengan FB pixel, anda boleh track dan rekod conversions penting seperti Cost Per Lead (CPL), Cost Per Acquisition (CPA) dan Purchase.

a) Custom Audience

Lepas anda dah buat iklan untuk promote branded content, simpan dan kategorikan audience yang dah baca konten tersebut dalam Custom Audience.

Kenapa kita kena simpan audience ni dalam Custom Audience?

Ingat. Mereka baca, komen dan klik pada iklan branded content kerana mereka mempunyai masalah yang related dengan produk anda.

Audience ni sedang mencari jalan penyelesaian. Mereka adalah lowest hanging fruit dan potential customers anda.

Lepas bina custom audience, retarget audience yang dah engaged dengan branded content untuk buat mereka lagi familiar dan trust produk anda.

b) Strategic Retargeting

Anda rugi besar dan takkan dapat lihat ROI yang sebenar kalau tak buat iklan retargeting yang strategic.

Pernah tak anda pergi website Zalora atau Lazada untuk cuci mata tengok barang – barang dekat sana.

Selang beberapa minit anda datang balik ke Facebook, tiba-tiba keluar iklan produk yang anda tengok dari Zalora and Lazada tadi?

Pernah jadi kat anda tak? Ha, iklan retargeting lah tu.

Retargeting ni penting sebab closing rate bila kita launch iklan pada orang yang tak kenal cuma 1 – 2 % sahaja.

Look at how much money we’re leaving on the table kalau tak buat retargeting.

Baki lagi 98% tu, yang ni lah tugas iklan retargeting untuk follow up sampai mereka jadi pelanggan anda.

Tapi, maksud saya by ‘strategik’ ni bukanlah retargeting straight untuk 14 hari sampai audience anda rimas.

Perkara yang kita setup di bawah ni nanti akan bina relationship dan convert audience into sales on autopilot.

Proses ni berlaku selepas kita tapis audience di fasa traffic generation.

1. Buat Custom Audience khas untuk orang yang dah engage dengan OBC selama 4 dan 8 hari.

2. Kemudian buat 2 iklan, iaitu iklan A dan iklan B.

​Pada bahagian targeting untuk iklan A, include custom audience “on brand content – 4 days”. Exclude custom audience “purchase” untuk kecualikan audience yang dah jadi pelanggan.

3. Targeting untuk iklan B pula, include custom audience “on brand content 8 days”. Exclude custom audience “OBC – 4 days” dan audience yang dah jadipelanggan“.

Apa yang kita setup kat sini ialah:

  1. Pada hari 1 – Audience baca On Brand Content anda
  2. Pada hari 1 – 4 selepas audience baca On Brand Content (OBC), audience ini akan terus dapat iklan A.
  3. Pada hari ke 5 – 8 pula, mereka akan dapat iklan B secara automatik.
  4. Kalau dah jadi pelanggan, mereka akan dikecualikan dari nampak iklan anda.

Sama ada guna website atau tidak, kuasai teknik ni supaya anda boleh bina relationship dan convert prospek menjadi pelanggan secara autopilot.

Dengan retargeting, anda juga boleh bina iklan khas untuk setiap Custom Audience yang anda dah buat tadi.

Fungsi lain dan kelebihan iklan retargeting:

  • Retarget dan jual produk kepada custom audience.
  • Ingatkan audience yang dah tengok produk anda tapi masih belum beli.
  • Hantar tawaran kepada audience yang dah engage dengan content untuk collect email mereka.
  • Upsell dan Cross sell produk anda yang lain kepada audience yang dah jadi pelanggan.

Retargeting akan bantu anda dapat lebih banyak jualan dan gandakan conversion rate tanpa perlu reach audience yang baru.

Kos retargeting pula jauh lebih rendah dan mempunyai engagements yang tinggi.

Ini kerana anda cuma deliver iklan pada warm audience iaitu audience yang dah familiar dengan brand anda sahaja.

Selalunya, saya akan asingkan 15-20% daripada total bajet iklan untuk digunakan pada iklan retargeting.

c) Track Conversions

Dengan facebook pixel, anda boleh track conversions penting seperti leads, add to cart, dan purchase.

Dengan facebook pixel, anda boleh track conversions penting seperti leads, add to cart, dan purchase.

Contohnya anda buat 3 kempen iklan yang berlainan untuk promote produk di Facebook.

Pixel akan tunjukkan data penting dari setiap iklan seperti:

  • Berapa ramai dah tengok iklan dan menjadi leads.
  • Berapa banyak yang nak buat pembayaran (Add To Cart).
  • Berapa banyak jualan yang iklan ti dah buat (Website Purchase).
  • Berapa kos setiap jualan berdasarkan bajet yang dibelanjakan.
  • Berapa banyak Jumlah jualan dari setiap iklan.

Dengan data penting seperti di atas, senanglah anda nak tau iklan mana yang menguntungkan dan yang mana anda perlu stop.

Data ni juga akan memudahkan anda dalam membuat keputusan untuk optimize dan scale iklan FB Ads anda.

Strategi 3: FB Ads Placements

Salah pilih Ads placement ni ibarat macam salah pilih kawan, wang dan masa anda boleh rugi tak kembali.

3 info tentang placement Facebook vs Instagram:

  1. 75% audience di Facebook berumur 25 tahun dan ke atas.
  2. Majoriti audience di Instagram ialah remaja ke audience yang berumur 25 tahun.
  3. Engagement rate dekat IG lagi tinggi dari FB tapi cost per customer lebih mahal.

Kenal pasti audience anda betul – betul. Guna Instagram hanya kalau ianya bersesuaian dengan target audience.

Kedua – dua placements ni akan bagi anda ROI yang berlipat kali ganda.

Tapi anda kena pilih betul – betul berdasarkan dekat mana tempat audience anda selalu hangout semasa mereka online.

Teknik Pilih Ads Placements

Traffic Generation – Guna Facebook dan Instagram news feed tapi buat dalam ad set yang berbeza.

Retargeting – Tambah placements yang lain – lain seperti instant articles, audience network dan messenger.

Ini sebab kenapa anda perlu buat FB dan IG feed sahaja semasa traffic generation.

Audience masih tak kenal anda dalam fasa ni, jadi elok kita muncul dekat tempat mereka tengah scroll untuk baca updates iaitu news feed.

Tambah placements yang lain (instant articles, etc) semasa retargeting kerana dalam fasa ni mereka dah familiar dengan brand anda.

Audience akan jadi sangat responsive dengan iklan kalau dah familiar dengan brand, kos conversion kita pun jadi rendah.

Jadi, munculkan iklan anda pada audience yang betul di tempat yang betul.

Kalau anda apply dan praktik 3 strategi yang saya kongsi di atas tadi, saya yakin anda akan nampak perubahan besar pada results iklan anda.

Tapi, anda nak dapatkan ROI yang lebih banyak tak?

Okay, lagi satu strategi ni memang powerful gila and rugi kalau tak guna.

Kalau anda nak boost ROI anda berlipat kali ganda, guna strategi ke-4 yang saya nak kongsikan ni.

Strategi 4: Email Marketing

Email marketing adalah antara kaedah yang paling lama digunakan dan masih berbisa sampai ke hari ni.

Semua orang di Facebook ada email dan sekarang kita check updates melalui phone sahaja.

Ia juga adalah antara marketer’s biggest assets. Nak tahu sebab apa?

  • Paling cepat untuk buat jualan
  • Nilai ROI yang tinggi iaitu 3,900 ROI
  • Strategi jangka masa panjang
  • Bekerja secara autopilot

Gambar di bawah ni menunjukkan perbandingan ROI dari pelbagai channel marketing, dan yang paling tinggi ialah ROI Email Marketing.

Source: www.neilpatel.com

Bryan Harris dari Videofruit.com mempunyai lebih kurang 17,000 email dalam list sebelum beliau launch produk.

Selepas 10 hari product launching, Bryan generate $220,000 dari list tersebut.

Menurut Bryan, jumlah yang beliau buat dalam 10 hari tu berkali – kali ganda dari apa yang beliau buat selama 3 tahun bekerja dengan kerajaan Amerika sebelum ni.

Anda boleh mula bina email database dengan menggunakan Facebook Ads dan guna email tersebut untuk buat custom audience.

Kemudian buat iklan retargeting khas untuk Custom Audience tu.

Selain itu, anda juga boleh gunakan email database yang anda bina tu untuk buat Lookalike Audience.

Contoh Lookalike Audience: Anda ada 100 email orang yang minat produk kecantikan.

Bila buat lookalike audience, Facebook akan mirror data dan cari audience baru berdasarkan data 100 orang yang anda ada tadi.

Bagaimana Nak Bina Database Email?

Bina dan launch iklan traffic generation guna branded content melalui Facebook Ads dan buat custom audience khas untuk content tersebut.

Kemudian buat retargeting ads dan direct warm audience anda ke landing page yang mengandungi lead magnet macam gambar diatas tu.

Contoh lead magnet:

  • Contest atau free giveaways
  • Free ebook atau video (guide, tips)
  • Coupon
  • Free webinar & tutorial

Langkah seterusnya lepas dah collect email? Set automation sequence.

Saya prefer untuk guna Drip, tapi jika anda baru nak mula, saya sarankan guna Mailchimp.

Ini kerana ia percuma sehingga 2000 subscribers dan sangat mudah untuk digunakan.

Lepas visitors anda subscribe, mereka akan terus dapat email pertama dan email seterusnya, bergantung pada berapa hari anda nak set.

Contoh Email Sequence

Semua ni secara autopilot. Siapa yang nak buat duit sambil tidur tu, your prayer has been answered!

Contoh email sequence:

  • Email 1 – Selamat datang
  • Email 2 – Blog post (value)
  • Email 3 – Blog post (case study/guide)
  • Email 4 – Sales email (open cart)
  • Email 5 – Blog post (tips/advice)
  • Email 6 – Reminder dan 10% off
  • Email 7 – Last call 10% off (24 hours left)

Berapa banyak jualan yang anda akan buat melalui email bergantung kepada saiz list, kualiti dan bagaimana cara anda bina hubungan dengan subscribers anda.

Okay, Sekarang Giliran Anda Untuk Take Action!

Dalam blog ni, anda dah baca apa kesalahan no 1 yang 99% Facebook marketers buat dan kenapa anda perlu Game Plan yang kukuh untuk bisnes online anda.

Anda juga dah tahu step by step strategi yang saya guna untuk hit 1665% ROI dengan FB Ads.

Jangan baca sahaja, nanti information overload pula. Apa yang anda perlu buat sekarang ialah buat game plan dan take action.

Untuk dapatkan jualan yang konsisten, jangan lupa untuk:

  • Guna content marketing, stop guna teknik Rambo.
  • Install pixel dan setup conversions.
  • Bina custom audience dan retarget iklan.
  • Start bina asset dan email database untuk perniagaan anda.
  • Tinggalkan comment anda dibawah untuk soalan dan share blog post ni.

Nak belajar lebih mendalam?

Saya ada sediakan video panduan Facebook Ads Game Plan dimana ianya dibina khas untuk bantu newbies dan intermediate Facebook marketers.

Dalam Game Plan anda akan belajar strategi untuk tarik targeted leads melalui Facebook Ads Funnel dan convert lebih ramai prospek jadi pelanggan dengan mudah.

Selepas anda tonton video Game Plan, anda akan tahu bagaimana:

  • Teknik bina iklan Facebook Ads yang berstruktur dan susun funnel untuk attract, educate dan bina trust supaya dapat convert leads menjadi pelanggan dengan mudah.
  • Bina konten untuk tarik traffic & leads, konten bina trust dan iklan hardsell melalui results proven format dan contoh ayat yang disediakan.
  • Strategi retargeting dan follow up bersistem untuk shift mindset audience dari strangers ke customers dengan efektif.
  • Metrik dan indicator penting untuk bantu anda pastikan kempen mana yang anda kena stop dan yang mana anda kena continue dan scale tanpa perlu hilang profits.

Kelas video ni lengkap dengan tutorial, contoh penerangan yang mudah difahami dan telah disusun dengan teliti secara step by step.

Kalau anda nak belajar bina Facebook Ads Funnel & Content Marketing yang berimpak tinggi untuk hasilkan leads dan sales yang konsisten, maka strategi evergreen ni sesuai untuk anda.

Taipkan nama dan email anda di bawah, nanti saya akan berikan registration link di inbox untuk daftar kelas Facebook Ads Game Plan.

 

Terima kasih kerana luangkan masa, tinggalkan komen untuk sebarang soalan dan klik butang share di bawah supaya post ni dapat membantu orang lain.

Nak lengkapkan pelajaran FB Ads Funnel Anda?

Masukkan nama dan email anda di bawah untuk dapatkan registration link untuk kelas Facebook Ads Game Plan.

Tidak jelas & perlukan bantuan? tanyakan soalan anda di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

22 thoughts on “Bagaimana Iklan FB Ads Ni Hasilkan 1565% ROI Dalam Masa 12 Hari”

  1. En Baem, terima kasih untuk sharing yang sangat bagus. Saya ada dua soalan

    1. Jika kita pakai opencart, bagaimana nak buat audience untuk ‘checkout/purchase’ untuk produk2 tertentus sahaja. Sebab kita ada banyak produk, tapi checkout page cuma ada 1 sahaja.

    2. 15% untuk remarketing ni, memang purely hardsell? or cuma remarket content2 lain pula. Then baki 85%, berapa banyak content/ads perlu dibuat?

    TQ

    1. Sama – sama En Hasbullah.

      1. The best solution is to reach out to programmer/developer untuk bantu tuan setup perkara diatas ni.

      2. 15% tu adalah peruntukan (average) yang saya akan spend untuk deliver iklan khas pada warm audience untuk build further relationship atau remind mereka tentang produk kalau mereka masih belum complete purchase lagi.

      85% selebihnya saya focus pada traffic generation dan brand building untuk introduce produk/brand.

      Harap dapat membantu, tq En Hasbullah

  2. terima kasih tuan
    Nice sharing..

    sekarang baru saya faham pasal strategi fbads .Saya salah seorang buat fbads rembo. Baru sedar patut la saya buat fbads selama ni kurang dapat sale.

    terima kasih tuan

    1. Sama – sama Asmi, takpa semua orang pernah buat teknik rambo. Yang penting kena ‘map’ customer journey kita betul – betul dengan FB Ads, baru lah kita boleh dapat convert leads into sales dengan mudah.

  3. Terima kasih…

    Banyak benda baru yang dapat belajar..dah boleh faham flow…cuma teknikal untuk laksakan sahaja yang masih belum tahu..

    1. Terima kasih Yeop. Secara teknikalnya, ia taklah susah untuk kita implement pada business. Untuk apply strategi ni, kita kena mahir untuk guna custom audience secara menyeluruh kerana ia banyak involve ‘include’ dan ‘exclude’ audience.

  4. Salam,

    Terima kasih atas perkongsian, amat-amat berguna untuk saya. Saya ada beberapa persoalan:

    1. Untuk custom & lookalike audience, adakah size audience automatik updated once created?

    Begini:

    1. Saya ada pasangkan 1 custom event based on website traffic di page domain.com/page1
    2. Saya create custom audience berdasarkan custom event tersebut.
    3. Facebook akan bagi anggaran size audience based on setting above.
    4. By time, of course custom event tersebut akan growing based on traffic received.
    5. Does the audience size from the custom audience automatically increase?

    Same goes to lookalike audience.

    1. Sama – sama tuan, ya the size of custom audience will be auto updated and increased. Because thats what custom audience do. Audience from LA pula akan diupdate based on data dari source audience tersebut.

  5. Salam tuan,

    Kalau custom audience bawah 1000 still boleh retarget ke? Fb ads akan tulis audience below 1000, takde exact number.

    1. Custom audience dulu dia sekurangnya 30 dia dah tunjuk jumlah. And then dia naik 40,50, sampai 100 dia jadi gandaan 100, 200 pula. Tapi tu sebelum latest FB update. Sekarang kena hit 1000 dulu baru dia naik and tunjuk actual number. As long as ada green color yg active tu, tuan boleh guna sebagai targeting di include / exclude.

  6. Terima kasih tuan.. Artikel ini sangat membuka minda dan mapping semula teknik dan strategi yg perlu digunakan. Kalau ada kesempatan sy ingin belajar lebih mendalam lagi dengan tuan.. Insyaallah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *