3 Elemen Penting Untuk Win Big Dengan Facebook Ads

Dalam case study yang marketers selalu kongsi, anda selalunya akan belajar bagaimana sktruktur campaign tu dibina untuk buat profitable Facebook Ads.

Pernah dengar pasal Iceberg 80/20 rule?

20% yang anda nampak ialah struktur kempen dan teknik untuk execute. 80% lagi terletak pada preparation sebelum kempen tu take off.

Sama ada traffic di Facebook, instagram, linkedin atau organic search dari google.

Saya cuma guna basic fundamentals of selling dan social advertising sahaja untuk bina sales funnel yang profitable.

Tapi tu cuma 20%, apa yang buat urat tengkuk dan wifi berkerut pada dahi saya ialah preparation sesuatu campaign tu.

Di bawah ni adalah typical sales funnel.

Anda attract the right audience, engage dan build trust kemudian bila audience dah familiar dengan brand, proses menjual tu jadi lebih mudah dan resulting in high ROI.

Diatas tu ialah simple art of selling yang anda boleh guna untuk jual produk atau servis apa pun. Online dan offline.

Tapi sebelum sales funnel atau proses diatas bermula, ada 3 faktor penting atau 80% part of the whole process yang anda kena fokus sebelum mulakan kempen Facebook Ads anda.

3. Sales Copy / Pitch

Back in 2013 masa saya kerja as creative director in video marketing company, attention span audience online ialah 12 saat.

But now in 2019, recent study daripada Microsoft Corp. Attention span audience online ialah 9 saat. 1 saat je lebih daripada notoriously ill focused goldfish.

Sebab iklan dah banyak sangat sekarang. 

Jadi susah lah nak buat profit kalau iklan anda sendu and tak dapat attract banyak eyeballs.

Jadi bagaimana nak buat sales copy yang boleh trigger minat audience supaya beli apa yang anda jual?

Step 1: Address masalah yang dihadapi oleh target audience tapi avoid tanya soalan cliché masa pembukaan ayat anda.

Contoh soalan cliché:

  1. Anda penat tunggu taxi lama – lama?
  2. Cermin anda ada kotoran yang susah nak hilang?
  3. Anda buat business online dan nak letupkan sales anda?

Ha macam tu lah contoh – contohnya. Atau paling famous yang kita pernah dengar ialah “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Target audience anda tau apa masalah yang diorang alami, tak payah tanya soalan yang orang dah tahu.

Dari 3 contoh yang saya tunjuk diatas, bunyi ayat – ayat tu macam bunyi promosi dan terlalu nak menjual. Jadi apa yang anda perlu buat ialah sales copy yang bunyi nya ‘kurang menjual’

Step 2: Fokus pada impacts dan experience. Apa yang mereka akan dapat selepas beli dan pakai produk anda?

Orang beli supercar RM1.5 juta sebab nak get to point B from point A? Naik myvi pun boleh sampai.

Orang beli jam berharga RM40k sebab nak tengok sekarang pukul berapa? Jam pasar malam pun boleh tell time, RM20 je siap ada loceng yang boleh bawak gaduh.

People buy sebab mereka nak better experience. Jadi tugas anda sebagai owner atau penjual produk ialah fokus kepada impacts and sell the experience.

Contohnya seperti Mcdonalds. Mesti anda dah tengok iklan video yang mereka promote ayam goreng dekat social media tu.

Mcd tak cakap details pun ayam tu import dari mana, pakai rempah apa.

Mereka tak cakap apa pun pasal features produk. Tapi mereka fokus pada impacts dan experience.

Krupp krapp iklan dia sampai sold out semua ayam. 2 kali datang pun sold out. Sakit hati aku.

So, between produk anda dan target audience ialah minda dan decision mereka.

Nak beli ke tak nak.

Draw the great experience dalam minda mereka melalui sales copy anda.

Katakan saya jual produk untuk rawat sakit lutut, dalam sales pitch saya akan include:

Produk X akan bantu hilangkan masalah sakit lutut supaya anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa lenguh.

Nak teman isteri membeli – belah selama 5 jam? Tiada masalah selepas pengambilan produk X.

Yang penting anda kena konsisten dan ikut tips yang kami sediakan.

Okay kat atas tu contoh aje. Cuba kalau anda sakit lutut lepas tu saya datang dan cakap “Anda sakit lutut? Anda rasa lenguh bila berjalan jauh?”

Confirm ah saya pulak kena lutut lepas tu. Orang tengah sakit, lagi mau tanya.

So avoid soalan cliche, fokus pada impacts dan experience selepas pakai produk yang anda jual.

2. Gambar Iklan

Gambar memainkan peranan penting. Sebab dalam screen mobile phone atau desktop, gambar iklan sahaja adalah sebahagian besar apa yang audience anda akan lihat.

Jadi buat gambar yang boleh attract eyeballs, guna color yang contrast tapi bersesuaian dengan tema produk.

CTR dari kempen saya dibawah ialah 11% dan 7% .

Invest time and money untuk create gambar. Kalau anda tak pandai guna photoshop, cari designer dengan harga yang berpatutan untuk bantu design gambar iklan anda.

Cara yang kedua ialah cari stock photos dekat pexels.com atau pixabay.com untuk digunakan sebagai background.

Anda boleh dapat gambar HD dengan percuma and it is 100% completely legal.

Untuk edit gambar tersebut, anda boleh guna web based application seperti canva.com. Most of the time, canva adalah percuma untuk digunakan.

Untuk premium features, anda mungkin akan kena bayar $1 – $5.

1. Target Audience

Selain gambar dan sales copy, targeting juga adalah antara faktor penting untuk buat kempen Facebook Ads yang profitable.

Kesalahan no 1 Facebook Marketers masa buat targeting:

  1. Target audience yang terlalu wide tau terlalu kecil.
  2. Target typical interests yang competitors anda guna.
  3. Anda tak target orang yang passionate, anda target orang yang interested sahaja.

Targeting ni ada teknik untuk locate dan formula untuk susun interests supaya dapat buat laser targeted audience yang passionate dengan apa yang kita jual.

Jadi apa yang anda perlu buat ialah spend some time untuk research dan locate dekat mana audience anda berada dekat Facebook.

Page apa yang audience anda like?

Jadi, untuk bahagian targeting, locate dan bina audience yang betul – betul passionate dengan apa yang anda jual.

Saya ada tulis blog post yang lebih terperinci tentang targeting.

Nanti ada boleh ke pos tersebut untuk belajar bagaimana untuk pastikan iklan kita disampaikan pada audience yang tepat.

Giliran Anda

Okay, dalam blog post kali ni saya dah terangkan apa 3 elemen utama untuk buat campaign yang profitable. Jangan lupa untuk labur masa dan sedikit wang untuk 3 perkara ni:

  1. Attractive & eye catching image
  2. Irresistible sales copy
  3. Laser targeted audience

Tinggalkan komen dibawah kalau ada soalan dan share post ni supaya dapat bantu rakan – rakan yang lain.

Jangan lupa subscribe pada blog saya supaya anda tak tertinggal dengan teknik dan strategi yang saya selalu kongsi. Terima kasih!

Tidak jelas & perlukan bantuan? tanyakan soalan anda di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

5 thoughts on “3 Elemen Penting Untuk Win Big Dengan Facebook Ads”

  1. ilmu yg sgt2 bermanfaat, cuma sya nak technically cam mna nak dapatkan target audience yg betul2 targeted, cam niche sya adalah produk kecantikan dan kesihatan. Ramai yg cakap based on theory sahja tapi secara technically xde yg share benda ni.. so kalo tuan bleh tunjuk step by step, mmg sya sgt2 bersyukur.

    1. Kalau nak build hardcore fans untuk business tudung, boleh guna celebrity yang duta/model tudung. Kemudian guna jenama tudung macam fareeda etc sebagai targeting. Boleh guna related online shops as interest untuk targeting juga disebabkan ‘past behavior’.

      Contohnya kalau jual tudung, boleh la target jenama yg jual telekung etc. No 1, sebab related product/market. No 2, sebab past behavior which audience tu already liked a page related to shopping.

      Lepas research and kumpulkan interest, masukkan interest tu dalam box targeting dan narrow audience tersebut (flex targeting).

    1. Interest dulu, then baru mula with lookalike. Interest ni ibarat benih, kalau custom audience yg kita save tu berkualiti maka eloklah pokoknya (lookalike).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *