Formula Untuk Tulis & Buat Konten FB Ads Anda Viral

Formula Untuk Tulis & Buat Konten FB Ads Anda Viral

Berapa kerat brand atau produk boleh viral dengan ayat iklan hardsell? Tambahan lagi untuk usahawan yang baru bertapak dalam market.

Netizen tak kenal produk anda, belum ada trust lagi dan sebab utama mereka datang ke FB adalah untuk bersosial, bukan membeli.

People love to buy but they hate being sold.

Afterall, Facebook ialah social media dan bukannya tempat untuk shopping seperti ebay dan shopee.

Selain bersosial dan membaca berita, netizen juga suka baca konten dalam bentuk panduan, tips ataupun hacks yang boleh memudahkan kehidupan seharian mereka.

Sama ada hacks untuk buat pokok berbuah lebat sampai patah dahan atau tips untuk buat bulu kucing cantik bersinar macam berlian.

Sebahagian besar dari warga netizen ini juga adalah target audience anda dan mereka datang ke FB untuk baca konten – konten seperti ini. 

Mereka baca info berguna, mereka klik like kemudian mereka share!

Sebab tu kebanyakan konten yang viral adalah dalam bentuk informatif dan bukannya konten hardsell.

Evergreen Formula

Untuk stay dalam game, business owners kena bijak untuk ‘blend’ produk mereka dalam content marketing supaya dapat advertise smartly dan dapatkan ROI yang berlipat kali.

Screenshot yang anda lihat diatas dikongsikan oleh Tuan Wan Hisarudin, salah seorang ahli dari Game Plan members.

Sebelum ini, salah satu konten beliau telah viral dan reached 2 juta audience dalam masa 2 hari dengan bajet RM10 / day per adset.

“Gila ahh!” Ya, memang gila. Kami di Big Funnels pun terkojot. Bukan anda je.

Phone beliau kepanasan dengan notifications dari shares, likes dan leads yang masuk melalui Whatsapp dan Messenger.

Tetapi, atas teguran seorang doktor kerana telah menggunakan gambar yang tidak tepat, iklan tersebut terpaksa dipadam.

Tetapi Tuan Hisarudin ni fighter, beliau guna formula yang sama untuk buat iklan lain dengan bajet RM15 / day pada 3 ad sets.

Selepas belanjakan RM180+- pada FB Ads (RM45/day x 4 hari). 

Iklan beliau telah mendapat:

  • Paid reach: 33,757
  • Organic reach: 40,320
  • Likes: 215
  • Comment: 216
  • Shares: 523

I hate math and the only thing I like is counting money but excuse my state of 9 bum..

That is about RM0.83 per comment and RM0.34 per share my ujang oi!

Walaupun tak sama macam results 2 juta reach dari iklan sebelum ni, I’d gracefully take this result any day.

Sekarang saya nak kongsi formula ni dengan anda supaya iklan FB Ads anda juga boleh viral macam iklan Tuan Wan Hisarudin.

Apa yang penting, formula ni evergreen dan anda boleh guna berulang – ulang kali untuk dapatkan results yang awesome dalam business anda!

Formula Konten Viral

Contoh Branded Content

Formula konten viral ni juga dikenali sebagai Branded Content  dan ianya sesuai untuk digunakan dalam semua jenis perniagaan online termasuklah ecom products.

Ada 4 fungsi utama branded content dalam game plan FB Ads iaitu:

  • Attract the PERFECT audience.
  • Introduce brand anda.
  • Educate audience tentang produk atau servis.
  • Generate HIGH QUALITY leads

Dan ada 3 rules untuk bina a great branded content:

  1. Posisikan business anda sebagai media in your niche, so create ‘the news’ or content that can make your target audience socialize with. #SocialMedia
  2. Jangan hardsell dalam isi utama tapi tulis 100% actionable advice dan informative content.
  3. Terangkan bagaimana untuk gunakan produk anda sebagai jalan penyelesaian kepada masalah target audience.

Sekarang saya akan bagi contoh bagaimana branded content berfungsi untuk tarik audience yang super targeted kedalam sales funnel.

Contoh: Saya jual shampoo untuk kucing bebas daripada kutu dan kurangkan keguguran bulu.

Target audience saya ialah orang yang ada kucing dan betul – betul passionate dengan kucing.

Audience ni tricky sikit sebab kebanyakan orang yang ada interest pada kucing di Facebook kadang – kadang sebab mereka suka tengok funny cat videos sahaja.

Tapi bila saya buat iklan branded content tentang:

  • 5 Cara Mudah Untuk Kucing Anda Bebas Daripada Kutu
  • 6 Tips Berkesan Untuk Kurangkan Keguguran Bulu Kucing Anda.

Siapa yang akan stop untuk baca, komen, like dan share konten ni?

Tentulah cat owners yang mengalami masalah – masalah tersebut.

Selain itu, goal kita guna branded content juga adalah untuk kenalkan brand dan educate audience tentang produk atau servis yang kita tawarkan.

Ini kerana, proses menjual akan jadi lebih mudah lepas mereka dah kenal brand kita.

Katakan anda mengalami masalah sakit belakang. Kemudian, ada 2 salesman approach anda untuk jual produk mereka.

Anda tak kenal kedua – dua salesman ni.

Salesman A: Dia datang pada anda, dia terus pitch untuk jual produk dia.

Salesman B: Dia start conversation dengan anda. Dia explain dan bagi nasihat percuma. Dia cerita kenapa sakit anda tak sembuh lagi dan bagitau punca – puncanya. And then, step by step dia terangkan macam mana produk dia akan selesaikan masalah anda.

So, salesman yang mana anda lebih percaya untuk bayar duit anda untuk beli produk sakit belakang tersebut. 

A ke B? You know the answer.

Sebab tu penting guna content untuk educate your audience dan build trust. 

Bila fasa selling nanti, apa yang anda cuma perlu buat ialah remind dan letak a clear call to action untuk encourage mereka supaya beli produk anda.

Part 1: Attractive Headline

Sekarang saya akan bagi format dan contoh yang anda boleh guna untuk buat headline yang memukau.

Headline ni bukan sebarang headline, ia ditulis dan disusun khas untuk tarik audience yang related dengan produk atau servis yang anda jual.

Macam yang anda nampak dalam gambar formula diatas. Ada no 5, blank space, untuk, kemudian blank space sekali lagi.

Dalam tempat kosong yang pertama ialah what is it about?

Dalam blank space ni anda akan highlight konten anda tu tentang apa.

Sebagai contoh, adakah konten anda tu tentang Tips mudah? Atau mungkin tentang Petua Mujarab?

Tempat kosong kedua pula, anda akan highlight tentang solution yang konten anda akan berikan.

Sebagai contoh: 5 petua mujarab untuk turunkan berat badan dengan selamat.

First sekali highlight content ni tentang apa, jadi saya tulis ‘5 petua mujarab’. Saya guna nombor untuk tunjukkan yang konten ini adalah a list of solutions pada target audience.

Untuk tempat kosong kedua ialah solution yang konten saya akan berikan iaitu ‘turun berat badan’.

Sekarang saya akan bagi lagi satu contoh:

5 checklist penting untuk pastikan pinjaman bank anda diluluskan dengan pantas.

Konten tu tentang apa? Checklist penting.

Masalah yang konten ini boleh bantu? Pinjaman bank anda diluluskan.

Dihujung headline, letak perkataan seperti ‘dengan selamat’ atau ‘dengan pantas’ untuk backup ayat awal dalam headline anda.

So tu adalah format yang anda boleh guna untuk buat headline untuk attract the right audience supaya baca dan engage dengan branded content anda.

Contoh headline pertama, dia akan attract orang yang nak turun berat badan. 

Headline kedua pula khas untuk attract orang yang cari info and advice untuk buat loan.

Tapi bukan ahlong tau, tu untuk finance adviser etc, ha tepok.

Part 2: Intro aka 'The Frame'

Sekarang, kita mulakan dengan intro atau pun perenggan pembukaan di mana ia juga kita panggil sebagai frame your story.

It’s like the summary of your whole content dan ada 4 perkara penting yang anda mesti letak dalam intro konten anda.

  • Address the issues atau pain points kemudian talk about how annoying it is.
  • Apa yang akan jadi kalau mereka tak prevent masalah tu,
  • Discuss tentang punca masalah tersebut dan reveal apa common mistakes yang membuatkan masalah tu berlanjutan.
  • Bagitau apa yang mereka akan belajar  atau ilmu apa yang mereka dapat selepas habis baca konten anda.

Mulakan konten anda seolah – olah anda personally nak start conversation dengan seseorang.

Dalam intro anda nanti, personalize konten anda untuk connect emotionally dengan target audience.

Posisikan diri anda dalam diri target audience dan utarakan masalah yang mereka hadapi. But don’t rub it in their faces, talk as if you understand the pain.

Cut off the jargons dan pastikan konten anda straight to the point.

Make it sound like you’re talking to a real person. Keep it crystal clear and simple because marketing is all about delivering the right message.

Part 3: Isi Kandungan Utama

Sekarang kita masuk pada bahagian isi kandungan utama pula.

Dalam bahagian ni, kita akan gunakan rule 80/20 dimana 80% bahagian content ni mengandungi tips, advice atau how to guide.

20% selebihnya pula kita akan guna untuk introduce produk yang kita jual as a recommendation or suggestion.

No pitch, no selling tapi recommendation sahaja.

Ingat, goal kita dalam branded content ialah untuk attract the right audience, introduce brand dan educate mereka tentang produk.

Masukkan 3 elemen penting ni dalam setiap paragraph content anda. Kalau ada 5 perenggan, jadikan ketiga – tiga elemen di bawah sebagai rangka utama dalam setiap perenggan anda.

  • What is it about?
  • How and why it works. How to use it?
  • Impacts?

Yang pertama, introduce solution tersebut kepada audience anda. Beritahu mereka secara ringkas yang isi paragraph tersebut tentang apa.

Kedua, ceritakan bagaimana dan kenapa jalan penyelesaian yang anda suggest tersebut berfungsi? 

Dalam bahagian ni juga anda akan ceritakan cara bagaimana nak guna atau kendalikan jalan penyelesaian tersebut.

Ketiga, ceritakan tentang impak atau manfaat jalan penyelesaian tersebut.

Jadi itu adalah isi utama untuk konten jenis ‘a list of solutions’.

Kalau anda nak bina konten jenis panduan pula, tulis secara step by step apa yang mereka kena buat di bahagian isi utama.

Perenggan 1: Mereka kena buat apa?

Perenggan 2: Selepas tu mereka kena buat apa pula?

Walaupun jenis dan susunan untuk konten panduan berbeza, anda masih boleh guna 3 elemen tadi untuk hasilkan rangka dan isi yang padu.

3 elemen ni penting untuk build trust. Ia bukan sahaja bagi tahu tentang jalan penyelesaian tetapi ia juga  akan bantu anda untuk walk the talk.

Part 4: Outro aka Penutup

Lepas anda dah siapkan headline, intro dan isi – isi kandungan, sekarang kita beralih kepada bahagian terakhir branded content kita iaitu outro ataupun penutup.

Bahagian ni mudah sahaja, outro anda kena ada 3 elemen penting dan apa yang anda perlu buat ialah reverse engineer intro anda dan tambah call to action pada penghujung konten.

Yang pertama, anda akan reverse engineer intro anda.

Yang kedua, remind mereka apa akan jadi kalau mereka masih tak prevent masalah tersebut.

Ketiga, minta pembaca anda untuk share konten ini kemudian letakkan call to action.

Okay jadi tu adalah formula atau format bagaimana untuk buat headline, intro, isi kandungan dan penutup untuk branded content anda.

Impak Branded Content Pada Business

Format mudah ini telah bantu saya untuk generate targeted leads ke dalam sales funnel dan skyrocket angka jualan saya.

Format yang sama ini juga telah bantu viralkan konten Tuan Wan Hisarudin dan ramai lagi game plan members yang lain.

Secara tidak langsung telah membuatkan kos iklan dibelanjakan dengan strategik untuk dapatkan lebih banyak leads dan pelanggan.

Saya harap perkongsian saya dalam post ni bermanfaat untuk business anda.

Sebelum saya tamatkan penulisan, jangan lupa untuk join kelas FB Ads Game Plan dan daftar pada harga go getters (RM200 OFF).

Selain belajar bina konten viral melalui format dan contoh ayat yang anda boleh ambil untuk terus guna pada business.

Anda Juga Akan Belajar Bagaimana:

  • Teknik bina iklan FB Ads yang berstruktur dan susun funnel untuk attract, educate dan bina trust supaya dapat convert leads menjadi pelanggan dengan mudah.
  • Bina konten untuk tarik traffic & leads, konten bina trust dan iklan hardsell melalui results proven format dan contoh ayat yang disediakan.
  • Strategi retargeting dan follow up bersistem untuk shift mindset audience dari strangers ke customers dengan efektif.
  • Metrik dan indicator penting untuk bantu anda pastikan kempen mana yang anda kena stop dan yang mana anda kena continue dan scale tanpa perlu hilang profits.

Klik pada button di bawah untuk sertai game plan dan run iklan anda melalui FB Ads Funnel yang berstruktur seperti Tuan Wan Hisarudin dan Game Plan members yang lain.