4 Rules Untuk Bina Lead Magnet Yang Menarik Potential Customers

Untuk successfully convert leads jadi paying customers, first sekali kita kena tarik audience yang betul – betul relevan dengan produk kita.

Ada 4 ‘ground rules’ yang anda mesti ikut semasa nak hasilkan lead magnet.

Di akhir post ni, anda akan belajar tentang bagaimana nak bina lead magnet yang efektif supaya dapat tarik potential customers.

1. Super spesifik

Lead magnet anda kena super spesifik.

Kalau anda buat servis video pemasaran, offer skrip video yang high converting sebagai magnet.

Kalau anda jual produk untuk kurus, bagi planner untuk bantu potential customers turun berat badan dalam 14 hari.

Topik lead magnet anda tak boleh wide, dia kena betul – betul spesifik dengan produk dan masalah potential customers anda.

Kalau lead magnet anda spesifik, barulah anda boleh tarik leads yang spesifik untuk produk anda.

2. Selesaikan masalah sebenar

Lead magnet anda mestilah mengandungi nasihat atau maklumat yang boleh selesaikan masalah sebenar.

Maksudnya, isi konten lead magnet tu kena lah betul – betul berguna kepada target audience anda.

Walaupun lead magnet ni percuma, tak bermaksud isi kontennya pun tak bernilai.

Bila kita bagi useful dan life changing advice, kita sebagai brand dapat bina trust dan relationship dengan audience.

3. Boleh dihadam dengan cepat & Actionable

Konten lead magnet anda mestilah boleh dihadam dengan cepat dan actionable.

Maksudnya, lepas 5 minit audience baca konten tu, mereka dah boleh hadam dan terus take action.

Anda tak perlu bagi solution untuk point A, B, C sampai Z. Goal kita adalah untuk tarik audience yang tepat dan bantu mereka shift dari point A ke point B.

Jadi pastikan maklumat yang anda nak bagi tu ringkas dan tidak tergantung.

4. Boleh diakses dengan segera

Lead magnet anda mestilah boleh diakses dengan segera. Lepas target audience submit email dan nama, pastikan mereka boleh terus akses lead magnet tersebut.

Attention span audience anda sangat – sangat singkat. Kalau kita ambil masa yang lama untuk deliver lead magnet, kita akan buat audience hilang minat.

Kebiasaannya, lead magnet dihasilkan dalam bentuk video ataupun pdf.

Jadi kalau anda buat video, pastikan durasi tidak lebih 5 minit. Kalau buat dalam bentuk pdf, hasilkan ebook dengan 5 – 8 halaman.

Untuk cold audience, bagi useful information yang mereka boleh hadam dalam masa 5 minit dan pastikan maklumat tu actionable.

Untuk warm audience pula, bagi information yang lebih panjang seperti webinar, blog post, case study atau success story.

Untuk hot leads, baru kita boleh offer produk.

So tu adalah tips untuk deliver content kepada leads berdasarkan fasa situasi mereka.

Sebelum bina lead magnet, tanya diri anda 4 soalan ni:

  1. Siapa potential customers aku? Kalau aku buat lead magnet A, dia akan tarik orang yang macam mana? Kalau B pulak, dia akan tarik orang yang macam mana? Kena tak dengan avatar pelanggan aku?
  2. Lead magnet ni selesaikan masalah sebenar tak? Orang kisah tak pasal masalah dan penyelesaian yang aku nak bagi percuma ni.
  3. Lepas baca, audience boleh take action dan terus praktik tak dengan maklumat yang aku bagi ni?
  4. Lepas aku dapat contact details dari leads, adakah mereka akan dapat akses terus konten awesome ni?

Kalau jawapan untuk semua soalan tu adalah ‘ya’ then proceed untuk siapkan lead magnet tersebut.

Kalau anda perlukan bantuan semasa nak buat lead magnet, feel free untuk tuliskan soalan anda dalam ruangkan komen di bawah, nanti saya akan cuba jawab dan berikan idea.

Tidak jelas & perlukan bantuan? Sila tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

2 replies on “4 Rules Untuk Bina Lead Magnet Yang Menarik Potential Customers

  • Afif Mokh

    Saya buat servis digital marketing khususnya tolong owner bisnes run fbads untuk mendapatkan lead prospek. 1 lg servis yg sy buat ialah servis buat website. Boleh Tuan bantu saya apakah lead magnet paling sesuai untuk servis digital marketing dan website

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *