Masa iklan keluar di news feed target audience..

Perkara pertama yang mata mereka akan lihat ialah gambar & headline anda.

Lepas tu baru mereka akan baca ayat iklan dan klik untuk pergi ke website.

Sebahagian besar dari skrin anda terdiri dari gambar & headline ni.

Sebab tu lah kita mesti hasilkan headline dan gambar yang berkualiti.

TOPIK #1: HEADLINE

Ada 2 jenis headline yang saya selalu guna dalam kempen Facebook Ads.

Yang pertama, headline jenis impak.

Apa impak yang pelanggan akan experience lepas guna produk atau servis anda?

Bagaimana hasil yang mereka boleh jangka?

Contoh pertama ni simple dan direct to the point sahaja.

Format dia lebih kurang macam ni:

[Masalah] x [Impak]

Produk: Spray Kilat

Masalah: Kesan Kotoran

Impak: Buat perabot dan barang – barang lama nampak seperti baru.

Contoh Headline:

  1. Kesan kotoran dah 3 tahun hilang dalam masa 30 saat.
  2. Spray sekali, dashboard kereta jadi baru semula!
  3. Spray sekali, perabot lama jadi baru semula!

Format dari contoh ke 2 & 3 di atas:

[Cara guna] x [Impak]

  1. [Cara guna] Spray sekali, [Impak] dashboard kereta jadi baru semula!
  2. [Cara guna] Sapu sekali, [Impak] parut dari zaman sekolah terus pudar!

Sekarang kita pergi headline jenis yang kedua.

Bagaimana nak tulis headline yang boleh buat audience tertanya – tanya dan nak tahu lebih lanjut tentang produk anda?

Berikut adalah contoh headline dalam bentuk soalan.

Produk: Spray Kilat

Impak: Hilangkan kesan kotoran, buat perabot dan barang – barang lama nampak baru.

Contoh Headline:

1) Bagaimana kesan kotoran dah 3 tahun boleh hilang dalam masa 30 saat?

2) Dashboard kereta jadi baru semula! Apa rahsianya?

3) Nak perabot ‘lama’ kelihatan baru dalam masa 30 saat? 

Pada asasnya, isi headline di atas sama macam contoh sebelum ni.

Tapi kita spin dan tulis balik dalam bentuk soalan.

NOTA PENTING

Buat headline anda kedengaran seperti ‘berita’ bila dibaca. Ini kerana netizen lebih tertarik kepada informasi dan berita.

Elakkan guna headline pemalas seperti:

  • Klik sini untuk baca lanjut
  • Klik sini untuk whatsapp
  • Terhad! Barang sampai baru bayar..

Yang nombor 1 & 2 tu bunyi dia macam call to action.

Yang ketiga, nak jual barang ke jual perkhidmatan COD tu.

Kalau kempen Facebook Ads anda beri results yang baik lepas guna headline malas di atas.

Berita baiknya ialah lepas ni anda boleh hit results yang jauh lebih baik dengan 2 format headline yang saya kongsikan tadi.

Topik headline versi EBOOK

Itu sahaja penerangan dan contoh untuk headline.

Selepas ni, saya akan kongsikan tentang format ayat iklan utama pula.

Dekat bawah ni anda boleh download ayat iklan utama dalam bentuk ebook.

Terima kasih kerana membaca, saya jumpa anda dalam topik kedua dalam chapter copywriting.

Scroll to Top