Sekarang kita fokus pada isi utama ayat iklan:

Saya akan tunjukkan 2 jenis ayat iklan iaitu versi panjang dan pendek.

Nak buat audience anda baca sampai habis dan klik pada link CTA?

Ada 6 elemen penting untuk hasilkan ayat iklan yang high converting:

  • Hook
  • Masalah
  • Penyelesaian
  • Kelebihan
  • Manfaat
  • Call To Action

#1. HOOK

Tugas hook ialah untuk buat audience anda klik ‘see more’ dan baca iklan penuh.

Hook adalah opening sentence aka pembuka ayat iklan.

Kebiasaannya, saya akan guna ayat jenis impak pada bahagian headline, .

Pada bahagian hook, saya guna ayat jenis soalan.

Untuk bahagian hook, anda boleh guna format headline jenis soalan yang saya tunjukkan dalam topik #1.

Headline: Spray sekali je, perabot lama jadi baru semula!

Hook: Nak perabot ‘lama’ kelihatan baru dalam masa 30 saat? 

Selain dari cara di atas, anda juga boleh guna highlight testimoni terbaik pelanggan untuk dijadikan sebagai hook.

Contoh: “Bulu makin gebu lepas 3 hari. Dah macam kucing parsi pun ada padahal Oyen ni kucing kampung je.”

Hasilkan hook dengan cara kedua ni pun high converting juga.

Tetapi, kalau anda letak diri anda di tempat pelanggan. 

Anda tertarik tak dengan apa yang anda tulis?

Kalau tak tertarik, buat baru.

#2. MASALAH

Dalam bahagian ni, kita akan tulis tentang masalah dan akibat kalau ianya tidak dibendung.

Dekat sini, kita nak start dapatkan trust potential buyers.

Kita nak bahagian problem ni buat mereka rasa:

  • Eh, ni untuk aku.
  • Sama lah, aku pun naik rimas dah dengan masalah ni.
  • Ada juga orang faham dan kisah pasal situasi aku.

Bila kita betul – betul relate dengan masalah target audience dan posisikan diri kita di tempat mereka.

Mereka rasa difahami dan diambil berat.

Kalau seseorang tu rasa difahami dan rasa ada orang ambil berat tentang dia.

Apa dia akan buat?

Dia akan ‘open up’.

Dalam kes ni, kita nak mereka open up their wallets untuk kita.

Jadi kita kena dapatkan trust mereka.

Berikut adalah contoh ayat untuk bahagian problems:

Masalah: Perabot dah nampak lapuk.

Akibat: Jadi lebih usang dan rosak dengan lebih cepat.

Contoh ayat:

Perabot di rumah masih kukuh lagi tapi dah nampak lapuk dan kusam.

Walaupun kita ni jenis tak kisah dengan apa orang nak kata.

Seganlah juga bila ada jiran atau sedara mara nak datang melawat.

Rasa nak buang dan beli baru, tapi masih sayang pula.

Masa beli dulu cantik dan nampak mewah. Dah lah mahal pulak tu.

Kalau tak dijaga dan dibersihkan.

Perabot akan jadi lebih kusam, usang dan rosak dengan lebih cepat.

Indahnya mata memandang kalau perabot ni masih nampak mewah macam awal dulu kan?

PENERANGAN

Di awal ayat, saya highlight tentang masalah yang dialami.

Perabot di rumah masih kukuh lagi tapi dah nampak lapuk dan kusam.

Kemudian saya cuba relate dan posisikan diri saya dalam tempat mereka. 

Dalam part ni saya gambarkan tentang situasi masalah tersebut.

 Kalau masalah ni berterusan, apa yang jadi di sekitar masalah tu?

 Dekat sini saya juga ada gunakan elemen emosi.

Walaupun kita ni jenis tak kisah dengan apa orang nak kata, seganlah juga bila ada jiran atau sedara mara nak datang melawat.

Rasa nak buang dan beli baru, tapi masih sayang pula.

Masa beli dulu cantik je. Dah lah mahal pulak tu.

Di bahagian ketiga, saya gunakan elemen ‘fear’ jadi saya pesan pada mereka tentang apa yang akan jadi kalau masalah ni tak dibendung.

Di akhir ayat, saya tease mereka dengan impian atau apa yang mereka nak.

Kalau tak dijaga dan dibersihkan.

 Perabot akan jadi lebih kusam, usang dan rosak dengan lebih cepat. 

Indahnya mata memandang kalau perabot ni masih nampak mewah macam awal dulu kan?

So di atas ni adalah penerangan dan contoh untuk bahagian problem.

Kalau nak dapatkan kepercayaan potential buyers, anda kena tunjukkan yang anda faham tentang masalah dan sentuh emosi mereka.

3. PENYELESAIAN

Sekarang kita masuk pula ke bahagian penyelesaian.

Dekat sini, kita akan present produk kita sebagai penyelesaian kepada masalah yang target audience hadapi.

Saya juga bagitahu apa yang produk ni boleh buat dan hasil yang mereka boleh jangka selepas guna.

Saya juga guna isi utama dari headline – headline saya dalam bahagian ni.

Contoh ayat:

Nak tahu kenapa dah lebih 10,000 orang di Malaysia gunakan [PRODUK X]?

Lepas spray sekali je, perabot lama yang kusam boleh jadi baru semula! 

Sofa leather pun boleh berkilat macam baru keluar kedai. 

Bayangkan, kesan kotoran degil yang dah 3 tahun pun boleh ghaib dalam masa 30 saat!

#4. KELEBIHAN

Dalam bahagian penyelesaian, saya buat bold claim yang kotoran degil dah 3 tahun pun boleh hilang dalam masa 30 saat.

Bila kita buat bold claim macam ni, automatik potential buyers akan rasa skeptikal dan curious.

Selamat ke benda ni?

Terhakis ke warna cat atau permukaan perabot aku?

Bahan kimia berbahaya ke ni?

So dekat bahagian kelebihan, kita akan back up balik bold claim yang kita tulis supaya rasa takut untuk cuba atau skeptikal mereka berkurangan.

Bahagian ni tulis dalam bentuk bulletpoints sahaja. 

Contoh ayat:

Kelebihan PRODUK X

  • Tahan sehingga 3 – 4 bulan.
  • Dihasilkan dari kajian saintifik dan penyelidikan terperinci.
  • 100% selamat digunakan.
  • 100% kepuasan dijamin.
  • Tidak menghakis warna cat.
  • Tidak menghakis permukaan perabot.

#5. MANFAAT

Dekat bahagian ni, kita tulis tentang manfaat lain produk ni.

Sebagai contoh, produk kecantikan kulit muka. 

Produk tu bukan je boleh rawat jerawat & parut, tapi juga boleh kecilkan pori dan buat tona wajah kusam jadi sekata.

So tulis semua manfaat lain tu dalam bullet points.

Dekat bawah bulletpoints, saya tulis yang mereka tak perlu risau pasal masalah ni lagi lepas pakai produk X.

Contoh ayat:

PRODUK X bukan sahaja boleh buat perabot lama anda jadi baru dalam masa 30 saat tapi juga:

  • Alatan besi (pisau, screwdriver, gergaji)
  • Barangan besi (basikal, bingkai tingkap, gambar, sportrim).
  • Bahagian dalaman & luaran kereta (bumper, lampu, dashboard)
  • Barangan kulit asli.

 Tak perlu lagi nak buang dan beli yang lain, Produk X bantu anda untuk jimat wang yang banyak. 

Lepas ni, barang kesayangan anda akan tahan lebih lama dan tidak rosak dengan cepat!

#6. CALL TO ACTION

Dalam bahagian call to action, sell the dreams dan berikan arahan ringkas tentang apa yang target audience anda perlu buat sekarang.

Objektif utama kita ialah untuk buat audience klik ke website dan buat pembelian.

Berikut adalah contoh ayat call to action:

Jom jadikan perabot anda kelihatan baru, berkilat dan nampak mewah sekali lagi!

Klik pada link di bawah untuk dapatkan/menempah/membeli produk X sekarang!

https://www.websiteanda.com/beli-produk-x/

AYAT IKLAN PENUH

Spray sekali je, perabot lama jadi baru semula!

Nak perabot ‘lama’ kelihatan baru dalam masa 30 saat?

Walaupun kita ni jenis tak kisah dengan apa orang nak kata, seganlah juga bila ada jiran atau sedara mara nak datang melawat.

Rasa nak buang dan beli perabot baru, tapi masih sayang pula.

Masa beli dulu cantik je. Dah lah mahal pulak tu. 

Kalau tak dijaga dan dibersihkan. 

 Perabot akan jadi lebih kusam, usang dan rosak dengan lebih cepat.

Indahnya mata memandang kalau perabot ni masih nampak mewah macam awal dulu kan?

Nak tahu kenapa dah lebih 10,000 orang di Malaysia gunakan [PRODUK X]?

Lepas spray sekali je, perabot lama yang kusam boleh jadi baru semula!

Sofa leather pun boleh berkilat macam baru keluar kedai.

Bayangkan, kesan kotoran degil yang dah 3 tahun pun boleh ghaib dalam masa 30 saat!

Kelebihan PRODUK X

  • Tahan sehingga 3 – 4 bulan.
  • Dihasilkan dari kajian saintifik dan penyelidikan terperinci.
  • 100% selamat digunakan.
  • 100% kepuasan dijamin.
  • Tidak menghakis warna cat.
  • Tidak menghakis permukaan perabot.

 PRODUK X bukan sahaja boleh buat perabot lama anda jadi baru dalam masa 30 saat tapi juga:

  • Alatan besi (pisau, screwdriver, gergaji)
  • Barangan besi (basikal, bingkai tingkap, gambar, sportrim).
  • Bahagian dalaman & luaran kereta (bumper, lampu, dashboard)
  • Barangan kulit asli.

Tak perlu dah asyik nak buang dan beli yang lain.

Produk X bantu anda untuk jimat wang yang banyak sebab lepas ni barang kesayangan anda akan tahan lebih lama dan tidak rosak dengan cepat!

Jom jadikan perabot anda kelihatan baru, berkilat dan nampak mewah sekali lagi!

Klik pada link di bawah untuk dapatkan/menempah/membeli produk X sekarang!

https://www.websiteanda.com/beli-produk-x/

Lepas buat ayat iklan guna format di atas...

Buat ayat iklan versi pendek pula.

Penting untuk ada variasi iklan dan bank untuk ad creative.

Nanti senang untuk guna semasa split test dan lihat konten macam mana yang audience suka.

Dalam eksperimen lepas, versi panjang vs pendek berikan saya results yang lebih kurang sama.

Separuh pelanggan convert dari versi panjang, separuh lagi dari versi pendek.

Jadi saya biarkan sahaja kedua – duanya berjalan.

Di bawah ni saya tunjukkan contoh ayat iklan versi pendek pula.

Tak perlu tambah apa – apa, cuma tinggalkan bahagian penting ya amat sahaja.

VARIASI AYAT IKLAN VERSI PENDEK

Spray sekali je, perabot lama jadi baru semula!

Nak perabot ‘lama’ kelihatan baru dalam masa 30 saat?

Lepas spray sekali je, perabot lama yang kusam boleh jadi baru semula!

Sofa leather pun boleh berkilat macam baru keluar kedai.

Bayangkan, kesan kotoran degil yang dah 3 tahun pun boleh ghaib dalam masa 30 saat!

Kelebihan PRODUK X

  • Tahan sehingga 3 – 4 bulan.
  • Dihasilkan dari kajian saintifik dan penyelidikan terperinci.
  • 100% selamat digunakan.
  • 100% kepuasan dijamin.
  • Tidak menghakis warna cat.
  • Tidak menghakis permukaan perabot. 

PRODUK X bukan sahaja boleh buat perabot lama anda jadi baru dalam masa 30 saat tapi juga:

  • Alatan besi (pisau, screwdriver, gergaji)
  • Barangan besi (basikal, bingkai tingkap, gambar, sportrim).
  • Bahagian dalaman & luaran kereta (bumper, lampu, dashboard)
  • Barangan kulit asli.

Jom jadikan perabot anda kelihatan baru, berkilat dan nampak mewah sekali lagi.

Klik pada link di bawah untuk dapatkan produk X sekarang!

https://www.websiteanda.com/beli-produk-x/

Untuk versi pendek...

Saya potong banyak ayat di bahagian intro dan outro.

Saya maintain segala yang ada di bahagian solution, kelebihan dan manfaat.

Sekarang saya dah ada 2 versi iklan untuk produk X.

Untuk buat variasi ayat iklan lain, saya akan guna masalah lain menggunakan format yang sama dalam ayat iklan baru tu.

Ayat iklan di atas membincangkan tentang perabot kusam dan barangan leather.

Untuk variasi, saya boleh bincangkan tentang masalah lain pula seperti: kotoran pada bahagian dalaman dan luar kereta.

1 iklan fokus pada 1 masalah.

Tulis satu headline dan satu hook yang spesifik untuk setiap masalah.

Kalau headline, hook dan targeting dah disetup untuk ‘panggil’ audience yang tepat

Mereka tak kisah pun baca ayat iklan yang panjang.

Jangan bunyi hardsell, tapi lebih kepada ‘news’ dan nak membantu.

Di bawah ni adalah mockup ayat iklan utama untuk produk X.

Jangan guna emoji yang terlalu banyak, nanti semak.

Guna 1 atau 2 di bahagian intro untuk tarik perhatian.

Guna emoji checkmark pada bahagian kelebihan dan manfaat.

Untuk versi pendek...

Untuk versi pendek...

TOPIK AD COPY (ISI UTAMA) VERSI EBOOK

Itu sahaja penerangan dan contoh untuk ayat iklan utama.

Selepas ni, saya akan kongsikan tentang format ayat iklan untuk retargeting pula.

Dekat bawah ni anda boleh download isi ayat iklan utama dalam bentuk ebook.

Terima kasih kerana membaca, saya jumpa anda dalam topik ayat iklan bahagian kedua.

Scroll to Top