Ada 6 bahagian penting dalam ayat iklan untuk retargeting:

  • Testimoni
  • Masalah
  • Penyelesaian
  • Kelebihan
  • Manfaat
  • Call To Action

#1. TESTIMONI

Dalam bahagian ni, anda akan guna 5 emoji bintang, highlight testimoni terbaik pelanggan anda dan sedikit details tentang mereka.

Di bawah ni adalah format yang anda boleh guna.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ [TESTIMONI PELANGGAN] [NAMA, LOKASI].

Contoh ayat:

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ “Terbaik, memang betul-betul berkesan! Dulu warna pudar dan ada bahagian yang berkarat. Sekarang, sofa dan kabinet radio antik yang ayah saya beri dah nampak berkilat dan klasik. Harga untuk jual balik di pasaran pun melambung dari sebelumnya.” – Encik Zarif, Shah Alam.

Simple je. Emoji 5 bintang, highlight testimoni pelanggan, nama dan lokasi.

#2. MASALAH

Dalam bahagian masalah, kita akan cerita tentang apa yang terjadi masa sebelum dan selepas.

Kita juga akan ceritakan details situasi pelanggan secara ringkas.

Guna rangka di bawah untuk hasilkan bahagian masalah anda.

[NAMA] mengalami [MASALAH].

Terangkan secara ringkas tentang situasi pelanggan.

Bagaimana masalah itu membebankan, menyusahkan atau melecehkan beliau?

Kemudian tulis tarikh dan bagaimana produk anda telah berikan impak kepada pelanggan tersebut.

[Tarikh] – Impak produk kepada pelanggan.

Contoh ayat:

Encik Zarif runsing dengan bilik stor beliau yang penuh dengan perabot lama dan barang antik.

Beliau rasa nak buang tapi masih sayang pula dengan perabot dan kabinet antik yang diberikan oleh ayah beliau.

Nak jual pun harganya rendah sebab nampak usang dan berkarat.

6 Jun 2020 – Lepas 5 hari guna produk X, perabot dan kabinet antik telah dijual pada harga 5X lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh pembida lain sebelum ini.

Terima kasih kerana syorkan produk X.

#3. PENYELESAIAN & LAIN - LAIN

Untuk bahagian penyelesaian, kelebihan, manfaat dan call to action.

Copy dari ayat iklan utama dan paste dalam iklan retargeting ni.

Jangan guna gambar yang sama seperti iklan utama.

Gambar retargeting wajib lain.

#4. AYAT IKLAN PENUH

⭐⭐⭐⭐⭐ “Terbaik, memang betul-betul berkesan! Dulu warna pudar dan ada bahagian yang berkarat. Sekarang, sofa dan kabinet radio antik yang ayah saya beri dah nampak berkilat dan klasik. Harga untuk jual balik di pasaran pun melambung dari sebelumnya.” – Encik Zarif, Shah Alam.

Sebelum ni, Encik Zarif runsing dengan bilik stor beliau yang penuh dengan perabot lama dan barang antik.

Beliau rasa nak buang tapi masih sayang pula dengan perabot dan kabinet antik yang diberikan oleh ayah beliau.

Nak jual pun harganya rendah sebab nampak usang dan berkarat.

6 Jun 2020 – Lepas 5 hari guna produk X, perabot dan kabinet antik telah dijual pada harga 5X lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh pembida lain sebelum ini.

Terima kasih kerana syorkan produk X.

Nak tahu kenapa dah lebih 10,000 orang di Malaysia gunakan [PRODUK X]?

Lepas spray sekali je, perabot lama yang kusam boleh jadi baru semula!

Sofa leather pun boleh berkilat macam baru keluar kedai.

Bayangkan, kesan kotoran degil yang dah 3 tahun pun boleh ghaib dalam masa 30 saat! 

Kelebihan PRODUK X

  • Tahan sehingga 3 – 4 bulan.
  • Dihasilkan dari kajian saintifik dan penyelidikan terperinci.
  • 100% selamat digunakan.
  • 100% kepuasan dijamin.
  • Tidak menghakis warna cat.
  • Tidak menghakis permukaan perabot.

PRODUK X bukan sahaja boleh buat perabot lama anda jadi baru dalam masa 30 saat tapi juga:

  • Alatan besi (pisau, screwdriver, gergaji)
  • Barangan besi (basikal, bingkai tingkap, gambar, sportrim).
  • Bahagian dalaman & luaran kereta (bumper, lampu, dashboard)
  • Barangan kulit asli.

Tak perlu dah asyik nak buang dan beli yang lain.  

Produk X bantu anda untuk jimat wang yang banyak sebab lepas ni barang kesayangan anda akan tahan lebih lama dan tidak rosak dengan cepat!

Jom jadikan perabot anda kelihatan baru, berkilat dan nampak mewah sekali lagi!

Nak dapatkan [PRODUK X]?

Klik pada link di bawah untuk baca lanjut dan buat tempahan sekarang!

https://www.websiteanda.com/beli-produk-x/

#5. VARIASI AYAT IKLAN VERSI PENDEK

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ “Terbaik, memang betul-betul berkesan! Dulu warna pudar dan ada bahagian yang berkarat. Sekarang, sofa dan kabinet radio antik yang ayah saya beri dah nampak berkilat dan klasik. Harga untuk jual balik di pasaran pun melambung dari sebelumnya.” – Encik Zarif, Shah Alam.

Nak perabot ‘lama’ kelihatan baru dalam masa 30 saat?

Lepas spray sekali je, perabot lama yang kusam boleh jadi baru semula!

Sofa leather pun boleh berkilat macam baru keluar kedai.

Bayangkan, kesan kotoran degil yang dah 3 tahun pun boleh ghaib dalam masa 30 saat!

 Kelebihan PRODUK X

  • Tahan sehingga 3 – 4 bulan.
  • Dihasilkan dari kajian saintifik dan penyelidikan terperinci.
  • 100% selamat digunakan.
  • 100% kepuasan dijamin.
  • Tidak menghakis warna cat.
  • Tidak menghakis permukaan perabot.

PRODUK X bukan sahaja boleh buat perabot lama anda jadi baru dalam masa 30 saat tapi juga:

  • Alatan besi (pisau, screwdriver, gergaji)
  • Barangan besi (basikal, bingkai tingkap, gambar, sportrim).
  • Bahagian dalaman & luaran kereta (bumper, lampu, dashboard)
  • Barangan kulit asli.

 Jom jadikan perabot anda kelihatan baru, berkilat dan tampak mewah sekali lagi.

Klik pada link di bawah untuk dapatkan produk X sekarang!

https://www.websiteanda.com/beli-produk-x/

#6. UNTUK VARIASI

Selalunya, saya gunakan testimoni terbaik untuk setiap masalah yang spesifik.

Katakan untuk kempen ni, kita nak fokus dekat sofa leather, barang antik dan dashboard sahaja.

Jadi 3 benda ni sahaja yang akan jadi topik utama ayat – ayat iklan.

TOPIK AD COPY (RETARGETING) VERSI EBOOK

Itu sahaja penerangan dan contoh untuk ayat iklan.

Dalam topik yang seterusnya, saya akan tunjukkan struktur dan tutorial untuk buat iklan conversion ads yang menguntungkan.

Dekat bawah ni anda boleh download ayat iklan retargeting dalam bentuk ebook.

Terima kasih kerana membaca, saya jumpa anda dalam video conversion ads.

Scroll to Top