Metrik Penting Untuk Pastikan Kempen Facebook Ads Hit ROI Positif

Facebook Ads boleh buat anda untung besar ataupun rugi besar.

Dalam blog post ni saya kongsikan teknik dan blueprint yang saya guna untuk pastikan kempen saya boleh hit ROI positif yang tinggi.

Blueprint ni juga telah bantu saya untuk jana 500% ROI on average untuk bisnes saya dan juga klien.

Ianya adalah asas yang sangat – sangat penting dan teknik ni sesuai untuk digunakan pada semua jenis perniagaan yang menggunakan Facebook Ads.

Di hujung post ni anda akan belajar teknik untuk allocate bajet iklan permulaan, metrik untuk optimize Facebook ads dan asas untuk scaling.

Metrik Untuk Optimize Iklan

Setiap RM1 membawa pulangan sebanyak RM5.66 (566% ROI)

Antara metrik penting yang saya guna untuk pastikan kempen sentiasa berikan ROI positif ialah CPL & CPA.

Macam dalam screenshot yang saya kongsi di atas, saya kena keep CPL di bawah RM15 dan CPA di bawah RM40 untuk pastikan ROI kempen saya sentiasa berada on the green side.

CPC juga penting tapi tidak sepenting dua metrik yang saya sebutkan di atas.

Buat apa CPC murah tapi iklan tak convert prospek jadi pelanggan kan?

Sebagai contoh, Katakan target CPA anda RM20 (max) dan adset X dah jana 10 leads pada RM3/lead.

Kalau anda masih tak buat jualan dan amount yang anda spent dah lebih dari target CPA, maka iklan tu dah layak ditutup.

Contoh: Kalau target CPL anda RM5 dan target CPA RM20.

Pastikan results iklan anda sentiasa di bawah angka RM5 untuk CPL dan RM20 untuk CPA.

Dalam Game Plan, ada satu chapter yang kita panggil ‘Big Metrics’, secara general ianya adalah angka untuk target CPL dan CPA.

Tapi ianya lebih tepat instead of main tembak suka hati untuk target CPL dan pengiraannya juga melibatkan customer, leads dan revenue.

Penggunaan utama Big Metrics dalam Game Plan adalah untuk pastikan kita sentiasa berada on the green side instead of red side (rugi).

Bajet Iklan (Launch)

Contoh adset dengan targeting yang sama tapi 3 advert berbeza.

Kalau daily bajet anda untuk spend pada FB Ads ialah RM90. Jangan buat 1 adset dengan RM90 atau pun 2 adset dengan bajet RM45 setiap satu.

Buat 6 adsets dengan bajet RM15 each atau 9 adsets dengan bajet RM10 setiap satu.

Ini akan berikan results yang lebih baik pada performance iklan.

Screenshot yang saya kongsi di atas adalah contoh untuk 3 adset dari 1 campaign dengan targeting yang sama tapi 3 advert berbeza.

Mulakan adset anda dengan bajet 3 – 5x angka big metrik ataupun target CPL.

Contoh: Kalau target CPL anda RM5, mulakan adset tersebut dengan RM15. Kalau daily budget anda RM150, buat 10 adsets dengan bajet RM15 setiap satu.

Monitor results iklan anda, kalau results dah lebih dari RM5 untuk CPL, turn it off. Kalau CPA dah lebih dari target, turn it off.

Kalau metrik cantik dan masih di bawah target, scale.

Facebook Ads Scaling

Naikkan bajet winning adset 20% setiap 72 jam.

Ada 2 teknik untuk scaling iaitu vertical dan horizontal. Vertical ialah tambah bajet pada winning adset. Horizontal pula duplicate the exact winning adset.

Tapi tak boleh buat ikut suka hati. Scale sesuatu adset tu hanya kalau ianya dah berikan results yang positif kepada anda.

Tambah 15 – 20% sekali setiap 72 jam. Kalau Isnin anda scale, hari seterusnya ialah hari Rabu kemudian Jumaat.

So itu adalah asas untuk scaling. Tengok angka big metric atau pun target CPL dan CPA anda.

Kalau dapat leads banyak di bawah target CPL tapi jumlah yang anda dah spent untuk adset tu lebih dari target CPA, maka tutup adset tersebut.

Jangan attached dengan sesuatu adset, kita sentiasa boleh buat iklan yang baru.

Tidak jelas & perlukan bantuan? Sila tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

2 replies on “Metrik Penting Untuk Pastikan Kempen Facebook Ads Hit ROI Positif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *