FB Ads Case Study: Produk Digital (807% ROI)

FB Ads Case Study: Produk Digital (807% ROI)

Dalam case study kali ini, saya akan kongsikan secara terperinci tentang strategi FB Ads yang saya guna untuk jual produk digital.

Ebook “Stack Targeting” adalah antara produk terawal saya dimana ianya diambil daripada chapter 1 manuskrip FB Ads Game Plan.

Dalam E.S.T, saya kongsikan teknik targeting yang laser targeted untuk bantu FB Ads marketers hantar iklan mereka pada audience yang tepat.

Kempen ini telah berjalan selama 6 hari dengan bajet RM3 – RM5 / day dan telah jana 807% ROI.

Dengan erti kata lain, saya dapat pulangan RM8.07 sen pada setiap RM1 yang dibelanjakan pada FB Ads.

Objektif Kempen

Case study ini di ambil daripada experiment yang kedua. 

Kempen yang pertama did really well tetapi menggunakan manual transfer, adoi.

Objektif saya pada kali ini ialah nak lihat berapa ramai yang akan beli kalau saya guna Paypal sebagai gateway.

Fasa 1: Traffic Generation

Kempen ini sedikit berbeza kerana ia hanya menggunakan 2 phase funnel, ini kerana faktor harga produk di mana ia dijual pada RM35.

Asas kempen dan execution strategy pula sama seperti apa yang saya gunakan dalam Game Plan 2.0.

Pada fasa 1, saya gunakan On Brand Content yang bertajuk “Tips ‘Targeting’ Untuk Deliver Iklan Anda Pada Audience Yang Tepat”

Dalam content ni juga saya juga telah masukkan case study ringkas bagaimana strategi ni telah bantu kempen FB Ads saya yang lepas.

Saya gunakan mobile dan desktop placement dalam adset yang berbeza dengan bajet RM3 / day.

Audience targeting untuk kempen ni adalah 100% warm audience dari FB Page saya yang ketika itu ada dalam 500 likes or so.

Average Cost Per Click untuk mobile ads ialah RM0.48 manakala untuk desktop pula ialah RM0.79.

Di bahagian bawah OBC, saya letakkan button with CTA (softsell) supaya audience dapat klik dan baca lebih lanjut tentang ebook di sales page.

Total yang di belanjakan ialah RM33.75 dan pada fasa ini saya telah berjaya dapatkan 9 new customers.

8 dari desktop, 1 dari mobile. Logically ini kerana lebih mudah untuk download, baca dan simplan ebook selepas buat pembayaran.

Fasa 2: Open Cart

Pada fasa 2, saya telah hantar iklan open cart kepada warm audience yang dah baca on brand content tetapi masih belum beli ebook saya.

Di bawah adalah audience targeting yang saya set untuk kempen ni. Selepas audience klik pada iklan, mereka terus di bawa ke sales page saya.

Audience Setup CSOC

Di bahagian bawah page, saya letakkan button with CTA (hardsell), lepas audience klik button tu mereka akan checkout melalui Paypal.

Selepas selesai checkout mereka akan di bawa ke custom thank you page. Saya setkan conversion kepada Purchase dengan value RM35.

Lepas customer dah hit page ni, pixel akan fire dan tunjukkan data di Ads Manager.

Jumlah yang saya belanjakan pada fasa Open Cart ialah RM27.94 dan iklan ni berjaya dapatkan saya 8 new customers.

Saya gunakan desktop feed, right column dan mobile dalam adset yang berbeza. Sama macam di fasa Traffic Generation, majoriti telah buat bayaran melalui desktop.

Final Results

Jumlah yang saya telah belanjakan pada kempen ialah RM61.69. Dari kempen traffic generation saya telah berjaya gather sebanyak 58 visits dari warm audience.

9 pelanggan beli directly semasa TG dan 7 lagi semasa retargeting di fasa Open Cart, mostly dari desktop news feed.

Setiap RM1 yang dibelanjakan pada iklan telah membawa pulangan RM9.07 sen.

Apa yang paling penting ialah saya dapat jawapan yang saya cari iaitu berapa ramai akan beli kalau saya guna autopilot checkout system.

Campaign Summary:

  • Total Spent = RM61.69
  • New Customers = 16 sales
  • Total Sales = RM560.00
  • CPA = RM3.86
  • ROI = 807%
  • Curiosity = Fed & satisfied

Rooms For Improvements

Gunakan warm traffic sebagai permulaan iklan sangat baik kerana CTR tinggi dengan kos yang lebih rendah (if ad optimized correctly.

Tetapi jumlah audience yang kita boleh reach adalah limited. Jadi, as soon as kempen ada dah mula buat duit dan dah ada data customer, start sending OBC pada new audience.

Pada bahagian traffic generation, buat variasi untuk iklan OBC anda. Different people react to different ads, differently.

Untuk autopilot checkout pula, saya suggest anda gunakan custom sales page atauwebsite yang boleh integrate dengan Woocommerce.

Kemudian guna Billplz atau SenangPay untuk collect bayaran dari pelanggan.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini, terima kasih kerana membaca. Saya jumpa anda dalam case study yang akan datang.

Tidak jelas? Jom bincang di bawah! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *