Chapter 1: Customer Avatar

Dalam halaman ini, anda boleh akses ke semua video tutorial dan download files penting seperti template sales page dan format copywriting.

Ramai tengah stuck dengan FB Ads sekarang ni..

Bukan biasa2 punya stuck tapi sampai tak tahu nak post apa dekat social media.

Padahal ada banyak bahan marketing.

Ada yang bertukar – tukar tawaran dan bonus sebab keliru dengan apa yang pelanggan mahukan.

Yang dah cuba bermacam angle & creative tapi kos conversions masih mahal pun ramai juga..

Jadi, ini ke impak lepas Facebook x iOS 14 updates?

Targeting dah tak ‘sharp’ macam dulu.

Test interest banyak2 atau duplicate campaign sampai 2 – 3 pun dah tak relevan lagi.

Isu tracking, akaun kena restrict and the list goes on..

Tapi disebalik kekecohan ni, ramai juga usahawan yang surf thru the madness like a boss.

Setiap hari mereka mereka buat jualan dan hit target seolah – olah semua isu yang saya sebut tadi macam berita palsu sahaja.

Padahal ads manager sama je macam kita.

So, apa secret weapon yang mereka guna?

Bezanya ialah gang usahawan ni, mereka berpegang kuat pada fundamental.

Ia juga dikenali sebagai 3M in Marketing iaitu:

Market – Kenal pasti target market.

Message – Bina mesej berdasarkan maklumat yang anda dah gali.

Medium – Tempat untuk sampaikan mesej pada ideal customers. (TV, Radio, Social Media)

Marketing Dulu, Baru Conversions.

Marketing ni tak susah..

Cuma dia mula jadi masalah bila kita terlalu fokus dekat APA yang kita jual sampai lalai pasal kepada SIAPA yang kita nak jual.

Sebagai Contoh: Majlis perkahwinan Shila nak berlangsung lagi 3 bulan jadi beliau nak turunkan berat badan dengan cara yang selamat.

Shila jumpa 2 penjual online yang boleh bantu selesaikan masalah beliau:

Penjual A:

  • Boleh turunkan berat badan dalam masa 30 hari.
  • Dah bantu ramai orang untuk turunkan berat badan.
  • Ada banyak testimoni pelanggan antaranya: En Hazim, berjaya turunkan X kg dalam masa 3 bulan dan Puan Husna, berjaya turunkan X kg lepas selamat bersalin..
  • Produk ni juga boleh mencerahkan kulit.


Penjual B:

  • Harga lebih tinggi dari A.
  • Banyak testimoni dari pelanggan wanita yang lingkungan usianya seperti Shila.
  • Penjual B ni dah kaji tentang audience macam Shila jadi dia cuma bebel pasal turunkan berat dengan selamat dan gambarkan betapa indahnya hari bahagia beliau nanti.

Anda rasa, penjual mana yang Shiela akan pilih?

Tentulah penjual yang buat homework dan personalize mesej khas untuk bantu selesaikan masalah Shila.

Bukannya penjual yang syok sendiri.

 Selling to EVERYONE bermakna anda tengah menjual kepada NO ONE.

Dan kita kena elakkan dari jual kepada NO ONE sebab tempat tu sunyi!

Menurut Accenture, 91% dari pengguna lebih cenderung untuk membeli dengan brand yang berikan tawaran dan saranan yang relevan dengan mereka.

Customer Avatar

Masa mula – mula buat bisnes, saya tak fokus pun dekat bahagian ni.

Saya cuma nak buat konten, launch funnel dan run ads.

Tapi freelance journey 4 angka sebulan saya berubah ke bisnes 6 angka setahun HANYA lepas saya betul – betul ambil masa dan buat aktiviti ini.

Sekarang, saya akan kongsikan langkah untuk buat customer avatar supaya anda lebih faham tentang ideal customers anda.

Aktiviti ni penting sebab ia akan bantu anda:

  • Bina tawaran yang kukuh berdasarkan apa yang target market mahukan.
  • Hasilkan copywriting yang berpengaruh.
  • Mahir pemasaran konten di social media untuk boost impak conversions.

Lepas dah selesai dengan aktiviti ni nanti, saya jamin proses conversions dan scaling iklan akan jadi lebih mudah.

Hala tuju marketing anda juga akan jadi lebih jelas.

Buyer Personas

Untuk aktiviti ini, saya akan gunakan produk dummy iaitu Nutri PRO sebagai contoh untuk buat customer avatar.

Nutri PRO ialah produk minuman detox untuk turunkan berat badan dengan selamat.

Jadi siapa ideal customer untuk produk ni?

Di bawah ialah 4 buyer persona yang saya pilih:

  • Ibu lepas bersalin yang nak dapatkan semula kelangsingan badan seperti di zaman university.
  • Golongan yang nak tamatkan zaman single.
  • Golongan bakal melangsungkan perkahwinan.
  • Penjawat Awam yang sibuk dan berhasrat untuk turunkan berat badan dan kekalkan BMI yang ideal.

Salah satu daripada 4 customer avatar di atas ialah golongan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Jom namakan avatar ni Shila Bakal Pengantin.

Di bawah post ni, anda boleh download worksheet dan print pdf tersebut untuk kegunaan anda masa buat research nanti.

Ada 5 elemen penting dalam Customer Avatar iaitu:

  • Goals & Values.
  • Challenges & pain points.
  • Objections & roles.
  • Sources of information.
  • Demographics.

Sekarang saya akan terangkan bahagian dalam worksheet ni secara part by part.

Customer Avatar Worksheet

Untuk dapatkan Customer Avatar Worksheet di atas, anda boleh klik button di bawah untuk download secara percuma.

1. Goals & Values

Pertama sekali, senaraikan goals aka apa yang ideal customer anda nak capai.

Di bawah ialah contoh goals yang saya hasilkan untuk Shila Bakal Pengantin.

  1. Nak miliki berat badan & bentuk idaman sebelum tarikh majlis.
  2. Nak kelihatan cantik dan selesa semasa pakai baju kahwin yang dah ditempah.
  3. Nak nampak glamorous semasa photoshoot gambar kahwin.
  4. Nak turunkan sekurangnya 5kg dalam masa 30 hari.

Dekat bahagian value, tuliskan nilai yang avatar perlu ada untuk capai goals di atas.

Anda boleh guna formula simple di bawah untuk bantu anda dalam bahagian ni.

FORMULA: Untuk [CAPAI GOAL], [AVATAR] komited untuk [BUAT X].

Contoh:

Untuk miliki berat badan & bentuk idaman sebelum tarikh majlis, Shila Bakal Pengantin komited untuk lakukan rutin senaman yang efektif di rumah.

Untuk kelihatan cantik dan selesa semasa pakai baju kahwin yang dah ditempah, Shila Bakal Pengantin komited untuk belajar resipi dan menu diet yang menyelerakan untuk mempercepatkan lagi proses weight loss.

Untuk nampak glamorous semasa photoshoot gambar kahwin, Shila Bakal Pengantin komited untuk cuba produk kesihatan sebagai booster untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat.

Untuk turunkan sekurangnya 5kg dalam masa 30 hari, Shila Bakal Pengantin komited untuk belajar cara yang betul untuk turunkan berat badan dengan cepat dan selamat.

Senaraikan goals dan values yang relevan dengan produk atau servis yang anda jual.

Maklumat yang anda kumpul dalam bahagian ni sangat berguna semasa anda bina tawaran, copywriting dan konten untuk social media.

Sebagai contoh, saya tahu yang Shila Bakal Pengantin “Nak tahu cara turunkan berat badan yang berkesan”.

Untuk dapatkan perhatian Shila Bakal Pengantin, saya boleh bina konten ‘Rahsia Selebriti untuk turunkan berat badan dengan pantas selamat!’.

2. Source Of Information

Bahagian ni akan bantu kenal pasti di mana lokasi avatar kita berada.

Kalau online, mereka lepak di mana?

Siapa yang mereka follow di Social Media?

Research dan senaraikan maklumat untuk bahagian Source of Information.

  • Book – Aku dah kurus!
  • Magazine – Majalah Wanita,
  • Blog & Website – Pesona Pengantin
  • Coach/Influencer – Dr Axe
  • Others – Untuk mengikuti isu terkini, Shila Bakal Pengantin banyak meluangkan masa di Facebook & Instagram.

3. Demographic

Demographic sangat membantu semasa nak buat audience targeting di Facebook Ads.

Bahagian ni juga membantu untuk kenal pasti gaya bahasa yang anda patut guna dalam copywriting.

Bayangkan yang ideal customer anda sedang duduk berhadapan dengan anda sekarang ni.

Kemudian, hasilkan mesej pemasaran yang mudah difahami dan sesuai dengan lingkungan umur target market.

Di bawah ialah maklumat demographic untuk Shila Bakal Pengantin.

  • Shila Bakal Pengantin
  • 23 tahun
  • Bertunang
  • Selangor
  • Akauntan
  • Junior Executive
  • RM36,000/tahun
  • Degree

4. Challenges & Pain Points

Dalam bahagian ke 4, senaraikan masalah dan cabaran yang di hadapi oleh customer avatar anda.

Jangan keliru dengan pain points & challenges ni.

Challenges ialah apa yang menjadi halangan di antara avatar dengan goal yang mereka nak capai.

Pain points pula ialah masalah kronik yang mereka tengah hadapi dalam kehidupan seharian.

Untuk bahagian ni, rujuk semula goals yang anda tulis.

Jadi, apa yang menghalang [avatar] untuk [capai goal]?

Contoh:

#1. Apa yang menghalang Shila Bakal Pengantin untuk miliki berat badan & bentuk idaman sebelum tarikh majlis?

Challenge #1: Dah give up dengan dengan produk weight loss sebab pernah dikecewakan oleh brand sebelum ini.

#2. Apa yang menghalang Shila Bakal Pengantin untuk kelihatan cantik dan selesa semasa pakai baju kahwin yang dah ditempah?

Challenge #2: Tak tahu cara diet yang betul untuk turunkan berat badan.

#3. Apa yang menghalang Shila Bakal Pengantin untuk nampak glamorous semasa photoshoot gambar kahwin?

Challenge #3: Sibuk dengan kerja dan persiapan kahwin, tiada masa untuk belajar teknik bersenam yang betul.

#4. Apa yang menghalang Shila Bakal Pengantin untuk turunkan sekurangnya 5kg dalam masa 30 hari

Challenge #4: Terlalu banyak maklumat di internet, keliru dengan cara turunkan berat badan yang betul.

Lepas dah selesai dengan bahagian challenges, senaraikan pain points atau masalah kronik yang di alami oleh ideal customer anda.

Di bawah ialah pain points yang saya buat untuk Shila Bakal Pengantin:

Pain Points

  • Takut tak sempat miliki berat badan ideal sebelum tarikh majlis.
  • Risau nanti baju kahwin yang ditempah dah ketat dan tak selesa bila dipakai.
  • Takut nampak tak slim semasa photoshoot gambar kahwin.

5. Objections

Dalam bahagian ke 5, senaraikan kemusykilan atau soalan yang ideal customer mungkin tertanya – tanya.

Jadi, fikirkan apa yang boleh menyebabkan mereka tak mahu beli produk anda?

Berikut ialah antara soalan lazim yang saya selalu highlight dalam kempen marketing: 

  • Siapa yang sesuai guna produk ni?
  • Berguna ke produk ni untuk saya?
  • Beza produk ni dengan produk lain di luar sana?
  • Berapa harga produk ni?
  • Apa yang saya akan dapat lepas bayar?
  • Bila saya akan terima produk?
  • Ada kesan sampingan?
  • Ada moneyback guarantee?

Berdasarkan contoh soalan di atas, senaraikan objections atau apa yang membuatkan target market anda skeptikal tentang produk yang dijual.

Bahagian objections ni penting dan kita kena highlight perkara ni dalam kempen marketing.

Barulah nanti pelanggan jadi semakin yakin untuk beli dengan kita.

Tugas Anda

Berdasarkan penerangan dan contoh yang saya berikan di atas..

  1. Kenal pasti buyer persona.
  2. Bina customer avatar untuk produk anda.

Goal customer avatar anda mestilah selari dengan value dan transformasi yang produk anda mampu berikan.

Masa nak bina tawaran & copywriting, mula dengan segmen market atau avatar yang paling ‘profitable’ dulu.

4 perkara di bawah ni boleh bantu anda fahami target market anda dengan lebih jelas.

  • Research & kumpul maklumat tentang pesaing.
  • Reviews di shopee, amazon, ebay.
  • Quora
  • Survey.

PENTING: Anda tak perlu tunggu results dari survey untuk mula buat Customer Avatar. Buat research & guna maklumat yang anda tahu dulu. 

Kemudian, improve masa anda dah tahu lebih banyak maklumat tentang target market anda.

Ambil masa untuk buat bahagian ni betul – betul dan jangan skip sebab aktiviti ni sangat penting untuk bantu anda fahami ideal customer anda dengan lebih jelas.

Ia juga akan bantu anda bina tawaran & mesej iklan yang berkesan dalam kempen marketing!