3 Lubuk ‘Hot Leads’ Yang Mudah Untuk Convert Jadi Pelanggan

Untuk buat iklan berbayar kita hit sekurang – kurangnya 5 – 10X ROAS, kita kena pastikan leads yang berkualiti sentiasa masuk ke dalam sales funnel dengan konsisten.

Pada tahun 2019, anda mesti nampak yang kos iklan dah naik mendadak. Pada tahun 2020 ni pula, kita ditambah lagi dengan cukai 6%. 

Kalau tak setup lead generation funnel dengan betul, anda akan bazir banyak masa dan wang pada leads yang liat untuk convert jadi pelanggan.

Kereta terbang entah kat mana, duit anda yang terbang dulu!

Kalau perkara ini terjadi berulang – ulang kali di mana duit hangus tanpa pulangan yang positif, kita akan kehabisan bajet iklan dan business kita boleh gulung tikar.

Ada ke cara untuk generate leads dengan murah dan pantas?

Ada banyak cara untuk generate leads secara online, antara yang paling cepat dan murah ialah dengan menggunakan pdf yang mengandungi tips atau tutorial.

Ramai yang guna kaedah ni untuk buat lead generation, hasilnya wang iklan terbakar begitu sahaja sebab ROAS yang mereka dapat cuma cukup – cukup.

Boleh sahaja kalau anda nak buat lead generation guna pdf, cuma ianya tidak sesuai kalau anda dalam situasi untuk buat sales dengan cepat.

Tambahan lagi, benda yang pantas dan murah ni tak selalunya berkualiti kerana sebahagian besar dari orang yang optin untuk dapatkan pdf anda cuma freebie hunters.

Jadi, buat apa kita dapat leads 1000 sehari pada harga RM0.50 setiap satu tetapi conversion rate cuma sekitar 1 – 3 %.

Dalam blog post ni, saya akan kongsikan 3 lubuk hot leads berserta penerangannya sekali untuk bantu anda convert prospek jadi pelanggan dengan pantas.

1. Content Upgrade

Content upgrade ialah konten bonus kepada konten utama anda. Sebagai contoh, kalau konten utama anda tentang makanan, anda boleh buat content upgrade anda tentang dessert.

Content upgrade akan diletakkan di website anda sebagai gated content. Untuk dapatkan akses, audience anda kena masukkan nama dan email untuk optin terlebih dahulu.

Selepas audience baca konten utama, hanya sebahagian yang betul – betul berminat sahaja yang akan optin dan grab offer content upgrade anda.

Konten utama akan tapis dan tarik audience yang relevan dengan produk anda sahaja, manakala content upgrade pula berfungsi untuk tarik hot leads masuk ke dalam funnel.

Jadi sebab itulah kenapa hampir 40 – 80% leads yang optin akan convert jadi pelanggan.

Teknik ni adalah antara salah satu strategi content marketing dan lead generation yang powerful kerana ia membantu anda untuk educate dan bina kepercayaan audience terhadap produk dan brand anda.

Sebab tu lah leads yang masuk dalam funnel anda nanti senang untuk di convert jadi pelanggan!

Tapi anda tak boleh guna konten yang random. Ianya mestilah ditulis dalam bentuk informatif, case study atau success story. 

Jadi, sediakan konten yang relevan dengan produk anda. Di bahagian paling bawah post tersebut, letakkan form untuk optin atau link untuk audience anda hubungi anda.

Dan apa yang paling penting, follow up dengan database anda pada masa akan datang untuk increase customer life time value (CLTV). 

2. Tripwire

Tripwire ialah mini produk atau servis yang digunakan sebagai shortcut untuk dapatkan lebih ramai pelanggan pada kos yang rendah. 

Sebagai contoh, katakan anda jual perfume. Sebagai tripwire, anda boleh gunakan tester sebagai mini produk anda dan ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah. 

Antara sebab kenapa tripwire berkesan ialah kerana ianya mengurangkan halangan untuk pelanggan membeli dengan kita. 

Sebagai contoh, katakan produk utama anda berharga RM150. Kalau anda tawarkan tripwire produk pada harga RM35, mereka akan lebih berani untuk cuba produk tersebut.

Kos untuk dapatkan pelanggan tripwire juga ialah sangat rendah. 

Apa yang penting dalam strategi ni ialah anda perlu follow up untuk upsell core offer selepas mereka dapatkan produk tripwire. 

Selepas follow up, anda boleh expect 40 – 60% dari pelanggan tripwire anda untuk membeli core offer anda. 

Dengan syarat, mereka mestilah berpuas hati dengan pembelian pertama mereka. Dengan teknik follow up dan offer yang betul, anda boleh hit ROAS yang lebih tinggi.

Ini kerana menjual kepada pelanggan sedia ada ialah 3X lebih mudah dari menjual kepada prospek baru.

Always remember that your real profit is in the follow up and upsell.

3. Landing Page / Waiting List

Cara ketiga untuk tarik hot leads masuk ke dalam funnel anda ialah dengan menggunakan optin form di landing page website anda. 

Anda boleh gunakan produk anda atau free gifts sebagai lead magnet. Untuk dapatkan offer tersebut, mereka haruslah optin terlebih dahulu. 

Antara lead magnet lain yang anda boleh gunakan ialah kupon diskaun yang terhad untuk beberapa orang sahaja.

Antara sebab kenapa funnel ni boleh close 40 – 60% leads yang optin untuk jadi pelanggan ialah kerana  funnel ini cuma akan tarik prospek yang betul – betul berminat untuk dapatkan produk anda sahaja.

Apa yang penting ialah pastikan sales page anda ada 7 core elements ini iaitu headline, problem, solution, features, feedback, call to action dan faq.  

Pada bahagian call to action letakkan form untuk buat lead generation. Kalau audience anda mahukan offer tersebut, mereka kena optin terlebih dahulu. 

Selepas mereka masukkan nama, email dan nombor telefon, redirect prospek anda ke page check out. 

Jangan lupa follow up dengan database anda. Untuk audience yang dah beli, follow up untuk upsell. 

Untuk audience yang belum membeli, follow up dan encourage mereka untuk dapatkan core offer anda.

Key Takeaways

Ketiga – tiga strategi ni saya dah cuba berkali – kali dalam perniagaan online yang saya jalankan. Dari produk digital, fizikal, ecommerce hinggalah ke industri perkhidmatan.

Kalau anda dah strukturkan konten dengan betul, Cost Per Acquisition anda akan drop secara dramatik dan anda tak perlu masa yang lama pun untuk hit ROAS yang tinggi.

Jadi, itu adalah 3 lubuk panas untuk anda tarik hot leads yang mudah untuk convert jadi pelanggan.

Untuk pastikan business anda sentiasa berkembang, anda kena simpan dan grow database. Ianya adalah asset untuk business anda. 

Tambahan lagi, sebahagian besar dari revenue anda nanti akan datang dari database prospek atau pelanggan sedia ada.

Sebab itu lah saya selalu ingatkan anda dalam tentang the real money is in the follow up.

Jadi, itu sahaja perkongsian saya dalam blog post kali ini, kalau anda ada sebarang pertanyaan, sila tuliskan soalan anda pada bahagian komen dibawah.

Terima kasih kerana meluangkan masa, semoga bermanfaat!

Anda nak belajar strategi lengkap yang saya guna untuk hit 14.5X ROAS dengan Facebook Ads dalam masa 6 hari?

Dalam 10X Launch Funnel, saya sediakan panduan lengkap secara step by step untuk bantu anda buat 10X ROAS dengan Facebook Ads melalui strategi launch.

Strategi ni telah menunjukkan hasil yang mind blowing dalam niche produk digital, servis, ecommerce, fashion, produk kecantikan dan juga kesihatan.

Goal utama saya adalah untuk bantu anda plan dan execute campaign launch dengan secepat yang mungkin

Sebab itulah juga saya sediakan format fill in the blank template yang lengkap dengan contohnya sekali.

Dari tutorial Facebook Ads untuk lead generation, launch dan last call (3 campaigns) hinggalah ke konten untuk iklan, email dan SMS.

Anda cuma perlu ikut strategi ini dan tiru format ayat iklan, emel & SMS yang saya berikan untuk hit 10X ROAS dalam kempen launch anda nanti.

ANTARA PERKARA YANG ANDA AKAN BELAJAR DALAM 10X LAUNCH FUNNEL

  • Video 10X Launch Funnel untuk bantu anda susun strategi, buat persediaan dan execute kempen launch anda.
  • Proven ‘Fill In The Blank’ Format untuk landing page, sales page, thank you page dan upsell page.
  • ‘Fill In The Blank’ Template untuk konten email & SMS semasa fasa seeding, launch, reminder & last call.
  • Tutorial Facebook Ads + Contoh Ad Copy untuk tarik leads berkualiti pada harga yang berbaloi dan bagaimana untuk convert prospek jadi pelanggan dengan jayanya semasa fasa launch.
  • Tutorial Kira Metrik, Setup Conversions & Scale kempen iklan dengan pantas dalam masa 3 Hari.
  • 3 Perkara Simple Yang Saya Ubah untuk boost jualan online  tanpa perlu tambah satu sen pada bajet iklan berbayar.

DI BAWAH ADALAH HASIL DARIPADA STRATEGI YANG ANDA AKAN BELAJAR DALAM 10X LAUNCH FUNNEL

HARGA PENDAFTARAN 10XLF

RM400

Anda nak dapatkan akses 10X Launch Funnel dengan diskaun 35% dari harga di atas?

Untuk pelancaran pada 12 Februari (Rabu) dari pukul 10 AM hingga 11:59 PM, anda boleh dapatkan akses dengan diskaun early bird sebanyak 35% dari harga RM400 (harga selepas pendaftaran early bird tamat).

Pendaftaran Dibuka dalam masa:

Hari
Jam
Minit
Saat

KUPON TERHAD UNTUK 100 USAHAWAN TERAWAL SAHAJA

Pada 12 Februari (Rabu) dari pukul 10 AM hingga 11:59 PM. Anda boleh sertai 10X Launch Funnel dengan diskaun early bird sebanyak 35% dari harga pendaftaran asal (RM400).

Tetapi, kod kupon tersebut cuma boleh digunakan pada 12 Februari dan akan diberikan kepada 100 usahawan yang terawal sahaja.

Jadi, isi borang di bawah untuk rembat kod kupon early bird anda sekarang sebelum kuota penuh.

Tidak jelas & perlukan bantuan? Sila tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

2 thoughts on “3 Lubuk ‘Hot Leads’ Yang Mudah Untuk Convert Jadi Pelanggan”

  1. Mohd Asshik Abu Hanipah

    Assalamualaikum wbt

    Saya buat kelas mengaji. Bentuk dia ala² tuisyen…Setiap bulan saya akan intake baru.

    Adakah strategy launch ni sesuai dgn kelas mengaji saya ini?

    Terima kasih.

    1. Waalaikummussalam, sesuai. Tuan boleh guna 10X Launch Funnel untuk kelas mengaji. Strategi ni juga sesuai untuk dipakai berkali2, maksudnya. Kalau tuan nak ambil intake baru, tuan boleh recycle strategi launch ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top