[Case Study] 14.5X ROAS Dalam Masa 6 Hari Dengan Facebook Ads

Saya sangat bersyukur jadi rakyat Malaysia. Disebabkan negara kita ada pelbagai kaum, kita boleh rasa banyak jenis makanan yang sedap. 

Tapi apa yang paling saya suka sekali ialah public holidays. Macam – macam perayaan dan cuti yang kita dapat. 

Tu belum lagi masuk online events seperti Black Friday dan 12 / 12.

Brands berlumba – lumba untuk tarik pelanggan supaya dapat tingkatkan lagi jualan online mereka.

Sebagai usahawan, saya dapat leverage dan gunakan platform iklan berbayar untuk tingkatkan sales pada hari – hari tersebut sekurangnya 2 – 3 kali ganda.

Walaupun kos iklan naik mendadak dan kita ditambah dengan cukai 6%. 

Saya masih dapat hit sekurangnya 5 – 10X ROAS on average dengan menggunakan strategi launch melalui Facebook Ads.

Dalam blog post ini, saya akan kongsikan case study terperinci tentang bagaimana saya hit 14.57X ROAS melalui launch dan Facebook Ads.

Kempen ini dilancarkan khas untuk hari Black Friday pada 29 November yang lalu di mana saya telah belanjakan RM832.75 sahaja dalam masa 6 hari. 

Jualan sebanyak RM12,137.30 datang direct dari Facebook Ads manakala selebihnya (RM6K+) datang dari email dan influencer marketing.

Strategi yang saya nak kongsikan dengan anda ni bukan sahaja boleh digunakan pada public holidays atau online events sahaja tapi ia juga boleh digunakan pada hari – hari biasa.

Pilih sahaja mana – mana tarikh yang anda nak jadikan hari raya atau black Friday anda. 

Guna strategi dan teknik yang saya nak kongsikan ni untuk sekurang – kurangnya double jualan online anda.

Conversions & Custom Audience

2 hingga ke 3 hari sebelum kempen marketing bermula, saya akan setup conversion event dan 5 custom audiences penting terlebih dahulu.

Conversion event yang saya maksudkan di atas ialah lead dan purchase. 

Manakala 5 custom audiences penting tersebut pula ialah:

  • Audience yang dah engaged with Instagram profile.
  • Audience yang dah engaged with Facebook page.
  • Leads.
  • Customers.
  • All web visitors.

Conversion events penting untuk kita track cost per lead, cost per purchase dan ROAS. 

Kalau kita tak guna fungsi percuma yang diberikan oleh facebook ini, kita ibarat berjalan di dalam gelap dengan mata yang tertutup dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk kita hit ROAS yang tinggi.

Untuk custom audiences pula, antara sebab kenapa kita perlu setup 2 – 3 hari lebih awal ialah kerana Facebook memerlukan masa untuk collect data.

Jadi, kalau kita buat custom audiences pada last minit, performances iklan kita akan terbantut sebab data yang kita perlukan masih belum cukup sepenuhnya. 

Metrik: Cost Per Lead

Untuk kempen ni, target cost per lead saya ialah RM8 – RM10 tetapi, saya sanggup bayar sehingga RM15(MAX) jikalau sesuatu adset itu berikan leads yang banyak dan konsisten.

Jadi ini bermaksud selagi cost per lead untuk sesuatu adset di bawah RM15 saya akan biarkan sahaja adset tersebut running. 

Untuk adset yang dapat CPL bawah RM10 saya akan duplicate untuk buat horizontal scaling.

Untuk adset yang mempunyai cost per lead lebih RM15 saya akan terus tutup adset tersebut secara manual. 

Ini kerana dengan membiarkan adset itu berjalan, ia boleh menyebabkan peluang saya untuk hit ROAS yang tinggi semakin berkurang. 

Lead Generation

Dalam kempen lead generation, saya telah hantar traffic dari email database dan facebook ads pergi ke landing page.

Dalam landing page ni, saya letak form khas untuk collect nama, email dan nombor phone. 

Saya cuma buat 4 adsets sahaja dengan menggunakan 1 targeting untuk setiap satu iaitu:

  • Facebook page fans
  • All web visitors (180 days)
  • Engaged with Instagram profile + Facebook page
  • General interests (Influencer).

Dalam setiap adset tersebut, saya buat 2 adverts dengan menggunakan ayat iklan dan gambar yang sama.

Cuma apa yang berbeza ialah Call to Action button di mana saya gunakan Learn More dan No Button.

Total yang saya berbelanjakan pada kempen lead generation yang berlangsung selama 5 hari ialah RM603.92.

Melalui 4 adsets tersebut, saya berjaya tarik 82 hot leads pada kos RM7.36 untuk satu lead.

Launch

Pada fasa launch semasa hari black Friday, saya hantar traffic dari facebook ads dan email database ke sales page.

Di sales page, visitors boleh terus checkout untuk dapatkan produk.

Untuk kempen facebook ads semasa launch, saya buat 2 kempen dengan 3 adset setiap satu. Bajet untuk setiap satu adset RM100 / day.

Satu kempen untuk launch manakala satu kempen lagi untuk last call iaitu 3 jam sebelum black Friday tamat.

Untuk 3 adset dari setiap satu kempen, targeting yang saya gunakan ialah facebook page fan, engaged with facebook dan engaged with Instagram profile.

Pada bahagian advert, saya guna struktur yang sama macam iklan lead generation di mana ada 2 advert dalam setiap satu adset.

Perbezaannya, ialah cuma pada bahagian CTA iaitu get offer dan shop now.

Total yang saya berbelanjakan pada iklan launch dan last call ialah RM228.83 sahaja.

Di mana ianya kurang separuh dari bajet asal yang saya tetapkan RM600. 

Pada hari launch ini juga, saya gunakan email dan sms untuk bagitahu dan remind audience tentang offer black Friday. 

Hasilnya, kempen ini telah jana jualan sebanyak RM12,137.30. Keseluruhan jualan ini datang dari iklan Facebook Ads sahaja.

Manakala jualan RM6K+ yang selebihnya telah datang dari email databse dan influencer marketing.

Praktik 3 ‘Sales Booster’ Mudah Ni

Jadi, di atas tu adalah bagaimana saya buat 14.5X ROAS melalui facebook ads dalam masa 6 hari. 5 hari untuk lead generation dan 1 hari untuk launch. 

Sekarang saya nak highlight 3 perkara penting yang mainkan peranan besar untuk bantu saya hit ROAS yang tinggi dalam kempen ni. 

Yang pertama, database prospek dan pelanggan sedia ada. Seperti yang anda lihat di atas, jualan yang datang dari database sahaja hampir mencapai RM3k. Kos untuk dapatkan jualan ini ialah cuma dengan menghantar 3 email.

Jadi, bina database prospek dan pelangggan anda dan leverage database tersebut semasa launch atau kempen marketing anda yang lain. 

Database sangat penting kerana ia adalah asset bisnes anda. Ini kerana, sebahagian besar daripada jualan yang anda akan dapat pada masa akan datang akan terhasil daripada database prospek dan pelanggan sedia anda.

Sekarang saya nak kongsi satu perkara simple yang telah berjaya bantu saya tingkatkan jualan online saya sebanyak 20%.

 Walaupun anda cuma ada satu produk sahaja, bundlekan produk anda.

Sebagai contoh, kalau anda jual satu spray dengan harga RM50, bundle up produk anda dengan menjual 3 spray pada harga RM120. 

Perkara penting ke-3 yang saya buat untuk hit 14.57X ROAS ialah dengan menggunakan upsell dalam proses jualan saya. 

Selepas customer checkout dan selesai membuat pembayaran, mereka akan terus dibawa ke thank you page aka upsell page saya. 

Dalam upsell page ini, saya letakkan details tentang produk lain dan berikan tawaran khas yang terhad sehingga jam 12 tengah malam pada hari launch tersebut sahaja.

Pengggunaan upsell page ni telah membawa sekurang-kurangnya 30% dari total jualan keseluruhan pada hari tersebut. 

Jadi itu adalah 3 highlights penting yang sangat simple tapi memberikan impak besar pada jualan dan kempen Facebook ads ini.

Saya harap case study dan perkongsian saya dalam blog post kali ini bermanfaat untuk anda.

Pada masa akan datang, saya akan kongsikan lebih banyak case study dan strategi yang berguna untuk anda dan juga business.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

Terima kasih kerana meluangkan masa, semoga business anda semakin maju, amin!

Tidak jelas & perlukan bantuan? Sila tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top