Checklist: Website Design & Autopilot Conversions

For years, web developers cuba yakinkan business owners yang penggunaan website boleh buat brand mereka stand out dan nampak lebih professional.

Well, that’s partly true.

But, your conscious mind knows too damn well that our journey won’t simply end at “stand out and looking more professional”.

We need continuous leads and sales to grow our business.

Sepatutnya, penggunaan website dalam perniagaan ialah untuk:

  • Urusniaga yang lebih tersusun.
  • Bantu anda dapatkan lebih ramai pelanggan.
  • Automate proses marketing & sales sebanyak boleh.

Rupa yang ‘cantik dan moden’ sahaja tidak memadai.

Anda perlukan sistem yang lengkap untuk pastikan website anda boleh jana income secara konsisten.

Berikut adalah checklist penting yang anda boleh guna untuk mula bina high converting website daripada scratch.

1.  Domain & Hosting

Untuk yang masih baru atau kali pertama dalam hal ni, anggap domain sebagai signboard atau nama kedai anda.

Contoh domain: www.kedaibrahim.com

Hosting pula ialah tapak kedai yang anda perlu sewa secara bulanan atau tahunan.

Jadi, kalau nak website perniagaan anda up and running. Anda kena ada both.

Kalau anda ada signboard sahaja tapi takda tapak, maka tak boleh la kita nak mula berniaga kan.

Pertama sekali, anda mesti semak dan pastikan domain yang anda nak tu masih available.

Kedua, cari pakej hosting yang bersesuaian dengan bajet.

Jangan terus beli domain, ini kerana kebanyakan pakej hosting akan beri domain percuma pada anda.

Saya recommend anda dapatkan dari godadyy.com atau yeahhost.com.my kerana ianya murah, reliable dan mudah untuk diurus.

Sebelum beli apa – apa barang di Godaddy, guna Google untuk cari coupon diskaun terlebih dulu.

Taip “$1 godaddy hosting coupon” and bila dah jumpa, masukkan code tu semasa anda nak checkout.

Untuk pakej Economy Hosting berserta free domain, saya bayar RM60.70 sahaja daripada total asal iaitu RM251.88 untuk tempoh 12 bulan.

2. Logo Syarikat

Logo atau imej company akan digunakan pada hampir setiap halaman website anda.

Upah logo designer yang mempunyai portfolio atau contoh kerja yang baik.

Apa yang penting logo tu mestilah unik dan mempunyai maksud yang relevan dengan business.

Contohnya untuk BaemAshrawi.com, logo octopus sebenarnya mewakili a sales funnel.

Instead of 1 outcome at the bottom, there are 6 tentacles and each one of those represents the teams under Big Funnels.

Jadi, kalau anda nak mula bina website dan belum ada logo syarikat. Buat cepat – cepat.

Typically a good logo would cost around RM200 – RM1500, depending on your specifications and experience designer anda.

3. Flow & Sitemap

Ingat, website ni tugasnya untuk dapatkan anda lebih banyak customers.

Bagaimana brand anda approach strangers, apa yg mula – mula mereka nampak dari brand? blog post? Lead magnet?

Kalau dari blog, page apa pula yang boleh bantu audience anda untuk buat decision dan jadi pelanggan lepas baca post tu?

Penting untuk anda draft customer journey dan senaraikan list of pages yang website anda perlu.

Pages mana yang anda akan hide dan yang mana akan visible to public?

Contoh: Page upsell di bawah ni ialah apa yg audience akan nampak selepas mereka klik buy now pada core offer.

Tugas upsell page ni ialah untuk maximize profit dan page ni hanya visible kepada audience yang nak proceed untuk buat bayaran.

 Berikut adalah pages wajib yang website saya kena ada:

  • Home
  • About
  • Service/Product
  • Upsells
  • Contact
  • Blog
  • Thank you pages.

4. Web Content

Lepas dah draft flow dan sitemap, sekarang kita tulis rangka isi kandungan untuk setiap halaman website pula.

To get started, buat research on top competitors anda.

Mereka dah spent beribu untuk berada di tempat mereka sekarang.

Jadi, research dan lihat bagaimana mereka bina struktur content mereka.

Tapi ingat, jangan ambil bulat – bulat kerana this is bad for SEO.

Googlebots akan penalize website anda di atas sebab duplicated content.

Ambil point – point penting, triggers dan conversion points yang lain kemudian bina ayat anda sendiri.

Perkara ni kena sediakan awal – awal sebab jarang web developers sediakan content writing service.

Kalau anda tak biasa tulis sendiri, hire a writer yang berkepakaran khas dalam penulisan web content.

Its different, really.

Untuk blog, lain kepakarannya. Begitu juga untuk content dan skrip iklan.

Lain skuadron, lain misi.

5. Conversion Tools

Hampir 70% visitors tinggalkan website dan tak akan datang balik.

Mereka bukan taknak beli atau contact anda, mereka cuma belum bersedia.

Ada yang life gets in the way, ada yang nak more info, ada yang nak kena dodoi dulu baru nak beli.

Sebab tu kita akan guna conversion tools untuk offer magnet dan capture leads.

Kemudian, leads ni akan dihantar ke autoresponder untuk proses follow up dan nurturing.

Saya akan cerita lebih banyak tentang AR dan nurturing dalam point lepas ni.

Dalam checklist kelima ni, saya akan kongsikan conversion tools yang saya guna untuk bantu leads dan sales saya naik mencanak.

a) Popups

Leesa Mattress

Popups are annoying tapi sangat powerful pada masa yang sama.

Debat antara marketers tentang how annoying plugin ni tamat sekitar 2012 – 2013 selepas popups menunjukkan exponential growth pada kempen list building dan lead generation.

Saya sendiri pun setuju yang popups ni annoying.

TAPI, to the right eyes. It looks like an irresistible candy.

Sebab tu saya selalu tekankan, sebelum apa – apa. Drive the right audience pergi ke website.

Anda boleh set popups ni untuk muncul selepas visitors scroll 50% dari halaman website.

Anda juga boleh set specifically by visitors time di website anda.

b) Exit Intent Popup

Satu lagi ialah Exit Intent Popup and it works for both mobile and desktop.

Katakanlah visitor anda tengah baca content pada sales page anda.

Kalau di desktop, as soon as mereka nak scroll away dan tutup browser tab, exit intent popup akan muncul pada skrin.

Mereka akan detect as soon as cursor visitors anda sampai ke kawasan address bar.

Kalau di mobile pula, mereka akan detect behaviour melalui scrolling activity.

Contohnya: Lepas dah scroll 50% ke bawah, tiba – tiba visitor tu laju je scroll ke atas balik untuk pergi ke address bar. Plugins tersebut akan detect melalui behaviour dan munculkan popups anda.

c) Content Upgrades

Yang ini adalah no #1 personal favorite tool yang saya guna untuk capture leads.

It looks natural and not annoying.

Apa yang paling penting, it works. Dari newbie marketers hinggalah ke top dogs seperti Neil patel dan Brian Dean.

Content upgrades ialah ‘highlight box’ dengan pitch pendek yang diletakkan in between isi blog post anda.

Dalam box tu, anda akan promote lead magnet yang relevant dengan business.

Lepas click pada text yang berwarna orange, popup untuk audience masukkan email mereka akan keluar.

d) Hotjar

Hotjar ialah smart analytics yang saya gunakan untuk observe dan optimize website saya.

Dalam post ni saya akan highlight 2 fungsi utama dari Hotjar iaitu heatmap dan screen recording.

i) Heatmap

Anda boleh gunakan heatmap untuk tengok dekat mana visitors anda click dan sampai mana mereka scroll.

Dengan fungsi ni, saya boleh tahu button dan link mana yang saya kena remove atau content dekat bahagian mana yang saya kena improve untuk tingkatkan conversion website.

ii) Visitor’s Recording

Sama seperti heatmap, fungsi recording ni juga ialah untuk bantu anda improve content pada website dan visitors experience.

Tapi, dengan feature kedua ni, anda boleh tengok behaviour dan reaction audience anda melalui video secara individu.

Dekat mana mereka click, di mana mereka scroll dan stop, semuanya di tunjukkan dalam video. Di bawah adalah contoh recording dari hotjar.

e) Google Analytics

Google analytics ialah tools percuma yang anda boleh gunakan untuk analyse & dapatkan data secara terperinci tentang web visitors anda.

Selain data terperinci untuk demographic audience anda, analytics juga membantu untuk dapatkan data tentang beahavior dan aktiviti visitors sepanjang mereka berada di website.

Antara data yang anda boleh dapat ialah berapa lama mereka dalam website anda? Apa page pertama & terakhir mereka masuk dan banyak lagi metrik penting yang perlu di ambil kira.

This page can be 3000 words long at least kalau saya tulis lebih dalam tentang google analytics.

Apa yang penting, kalau anda ada website atau nak buat website nanti, install Google Analytics right away!

6. Autoresponder

Tadi saya dah terangkan bagaimana nak capture leads dan kenapa perkara tu penting.

Sekarang saya akan terangkan bagaimana autoresponder akan nurture dan convert leads into sales.

Lepas mereka optin pada website anda, leads ni akan disimpan dan dikategorikan dalam list.

Kemudian, anda boleh set dan hantar sequence of emails untuk nurture audience dalam list tersebut.

Selepas subscribe ke dalam list, mereka akan terus dapat email pertama dan seterusnya, bergantung pada berapa hari anda nak set.

Fasa ni juga kita boleh panggil sebagai proses pematangan leads.

Dan semua ni berlaku secara autoplilot. Cuma set, plug n play.

­Untuk newbies, saya sarankan anda guna mailchimp kerana ia percuma sehingga 2000 subscribers dan sangat mudah untuk digunakan.

Di Big Funnels, saya gunakan Mailchimp & Drip.

Tetapi, saya lebih prefer GR kerana features untuk webinar, landing page dan banyak lagi smart automations yang boleh bantu memudahkan kerja saya.

Apa yang penting, it works when it comes to converting your audience into sales.

7. Payment Gateways

Penggunaan sistem pembayaran automatik sangat penting kalau anda nak jalankan perniagaan secara autopilot.

Bergantung kepada nature business anda juga sebenarnya kerana sesetengah jenis perniagaan memang perlu beri konsulatasi pada prospek sebelum mereka bersedia untuk beli.

Tapi apa pun, dengan payment gateways anda cuma perlu create form dan letakkan link khas pada button atau berikan direct pada customer anda untuk membuat pembayaran.

Selain database tersusun rapi, ia juga membantu perniagaan anda nampak lebih dipercayai.

Kalau anda baru mula, saya suggest anda untuk guna Ordersini sebab ianya bermula serendah RM10 sebulan.

Kalau anda ada bajet yang lebih, saya suggest untuk guna Onpay kerana ia lebih berbaloi. Ada fungsi autoresponder & sms untuk follow up.

Untuk Senangpay, anda perlu buat bayaran tahunan sebanyak RM200 & akan dikenakan caj bagi setiap transaksi pembelian dari customer.

Anda boleh collect payment menggunakan debit card dan juga online banking (FPX).

Untuk Billplz, pendaftaran adalah percuma dan anda boleh collect payment melalui online banking (FPX).

Untuk sistem akaun pula, anda boleh gunakan Niagawan (berbayar & berbaloi) atau Waveapps (free & unlimited).

8. Email Professional

Kalau anda ada website seperti minyakargan.com, janganlah guna minyakargan@gmail.com untuk urusan perniagaan.

Penggunaan business email boleh menaikkan value brand anda dan meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Yang mana nampak lebih professional dan reliable?

a) minyakargan@gmail.com
b) hello@minyakargan.com

Tentulah yang kedua kan.

The good news is, business emails ni selalunya dah termasuk dengan pakej hosting.

Tapi biasalah benda free.

Anda still boleh guna custom email seperti support@minyakargan.com sebagai contoh.

Tetapi interface dan storage tak lah sehebat paid service seperti Outlook 365 atau Google Suite.

Kalau anda signup melalui Godaddy, anda akan dapat free Office 365 untuk setahun bila anda bayar RM60.70.

Interface Outlook sama seperti dalam gambar checklist no 8 ni.

Sedap mata memandang, tapi agak susah sikit nak navigate bagi yang belum biasa.

Personally, saya lebih suka guna Google Suite sebab kita boleh access inbox business email kita melalui gmail.

Untuk G-Suite, it costs about $5 per month per account with 30 day free trial.

Any Questions?

So tu adalah checklist penting yang anda perlu ada untuk bina website yang high converting.

Tuliskan soalan yang anda pada bahagian komen di bawah, nanti saya akan jawab dengan terperinci.

Terima kasih kerana membaca, jumpa anda pada post yang akan datang 🙂

Tidak jelas & perlukan bantuan? tanyakan soalan anda di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

2 thoughts on “Checklist: Website Design & Autopilot Conversions”

  1. Salam tuan Baem.

    Dah lama saya follow tuan. Sebagai seorang pembangun laman website, saya setuju dengan penulisan tuan ini.

    Kebanyakan prospek datang nak buat website tanpa tahu usul “kenapa kena ada website”. Rata-rata blur pasal marketing. Dia tgk competitor buat, dia pon nak buat juga.

    Tanpa strategy atau ‘perangkap’ yg betul, akan habis 2-5k mcm tu je.

    Saya selalu sarankan, kalau business baru je start, atau baru nak expand ke digital marketing, buat Facebook Page dulu. Dah tepu nak layan Whatsapp customer, baru start buat website. Buat website pon, bukan terus yg gah (kecuali kalau blur, hire pro terus la). Pakai wordpress.com atau wix pon ok ja.

    Anyway, thanks for sharing this.

    Sudi-sudi rujuk “Website Mengikut Fasa Business” https://laman7.com/website-for-business/ (tulisan dalam bahasa Inggeris).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top