[Video] 5 Sequence Penting Dalam Marketing

1. Hello

Hello Sequence mengandungi 2 – 3 email. Tugas sequence utama ni adalah untuk deliver lead magnet atau pengesahan tentang tripwire product atau servis.

Pada masa yang sama, kita akan beri support dan more info untuk bantu mereka capai results lebih baik dari apa yang mereka belajar atau dapat dari tripwire / lead magnet.

2. Seeding

Fasa seeding mengandungi 3 email. Misi utama sequence ni adalah untuk shift audience kita dari cold leads jadi warm prospect. Dekat fasa seeding, kita akan spark interest, bina trust dan generate hype untuk produk atau servis kita.

3. Open cart

Open Cart ialah fasa untuk jualan. Sequence ini mengandungi 6 – 8 email dan berlangsung selama 3 – 7 hari.

Bilangan email dalam fasa ni bergantung kepada strategi bersesuaian yang anda nak guna untuk produk atau servis anda.

  • Launch Open Cart – 5 hari (6 email)
  • Reverse Open Cart – 7 hari (8 email)

Untuk launch funnel, saya guna 5 hari untuk fasa open cart.

Reverse open cart pula ialah strategi untuk close prospek dan buat upsell dalam masa 7 hari sebaik sahaja mereka buat pembelian tripwire.

P/S: Panjang funnel launch ialah sekitar 2 minggu dan Reverse Open Cart pula cuma 7 hari in total untuk hello, seeding & open cart.

4. Customer

Sequence customer dihantar selepas mereka membeli core offer atau upsell. Ia mengandungi sekurangnya 3 email iaitu terima kasih, support (advance content) dan email untuk minta feedback.

Email terakhir dalam sequence ni iaitu feedback akan dihantar selepas anda dah deliver produk atau service kepada pelanggan anda.

5. Upsell

Sequence terakhir ini akan mula selepas sequence customer tamat. Ia bertujuan untuk maximize profits dan value per customer anda.

Dekat fasa ni, anda akan repeat balik sequence seeding dan open cart untuk upsell produk lain kepada pelanggan anda.

Selepas mereka beli lagi, hantar sequence customer khas untuk produk upsell tersebut pula.

NEXT: CASE STUDY FB ADS & EMAIL [13.45X ROAS]

Dalam blog post yang berikutnya, saya akan kongsikan case study bagaimana saya hit 13.45X ROAS melalui FB Ads dan Email follow up.

Anda akan belajar bagaimana saya setup kempen FB Ads dan cara saya susun sequence email untuk kempen ini.

Jangan lupa untuk buka email dan baca case study tu nanti ya kerana ini khas untuk Conversion Hackers sahaja!

Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana membaca, jumpa anda nanti dalam Case Study 13.45X!

AUTOPILOT CONVERSION

Autopilot Conversion ialah kelas online untuk bantu anda convert prospek jadi pelanggan dan gandakan jualan (upsell) secara autopilot melalui email marketing.

Antara perkara yang anda akan belajar melalui video penerangan dan ebook Autopilot Conversion adalah:

  • Format optin page & lead magnet untuk convert 40% cold leads kepada warm audience.
  • Format case study untuk bina trust dan yakinkan prospek supaya proses jualan menjadi mudah.
  • Launch Funnel yang mengandungi 4 fasa penting untuk pelancaran servis atau produk digital.
  • Reverse Open Cart Funnel untuk convert prospek dan buat upsell dalam masa 7 hari.
  • ‘Fill in the blank’ templates untuk sales page dan 5 sequence email penting iaitu Hello, Seeding, Open Cart, Customer & Upsell.

Anda boleh klik pada button di bawah untuk baca lebih lanjut dan sertai Autopilot Conversion.

Scroll to Top