Screenshot dan case study yang saya share di atas ialah results dari kempen iklan untuk brand fashion yang saya tengah handle sekarang.
Brand ni ‘bilis’ sahaja, baru bertapak dalam industri fashion tak sampai 2 tahun.
Tapi masa PKP 2021, mereka buat RM100k+ sebulan melalui website ecom.
Bajet harian untuk run ads pula cuma RM100 – RM200 sehari dan sales yang mereka buat konsisten untuk beberapa bulan!
Apa yang saya suka pasal brand ni ialah mereka ada a really good sense in design.
Website ecom mereka nampak kemas. Photoshoot produk mereka pun profesional.
Dan apa yang paling saya suka ialah pixel dan custom audience mereka memang superb (banyak data).
Selang beberapa bulan, winning audience dan creative yang buat sales 6 angka sebulan tu dah tak perform lagi.
Yang tinggal cuma beberapa kempen sahaja.
Itu pun ada hari sales RM1000+ dan ada hari dapatlah lebih sikit lepas collab dengan influencers.
So brand ni approach saya dengan main goal mereka iaitu nak spend around RM300 – RM500 sehari untuk permulaan dan dapatkan ROAS yang setinggi boleh.
Lepas zoom meeting dan dapat akses, first thing yang saya buat ialah bedah ads manager dan website ecom untuk gather data.
Ini kerana saya nak betul – betul faham dan jelas dengan kempen yang saya nak struktur nanti.
Di bawah ni ialah perkara yang saya dive deep into:
Untuk struktur iklan conversions, saya guna 1 kempen, 1 adset dan 5 advert.
Dekat bahagian creative pula, saya guna existing post dari Instagram (carousel) dan single post.
Untuk initial test, saya buat kempen baru guna interests yang dah bagi results.
Saya mula dengan bajet kecik je untuk testing.
Kalau perform dengan konsisten, baru saya scale up.
Dekat bahagian creative pula, saya guna variasi dari winning creative.
Untuk fashion, founder brand ni memang dah ada banyak gambar dari photoshoot jadi saya cuma tinggal nak pilih gambar produk dengan different angle.
Pada masa yang sama, saya test interest baru dan guna creative dari best selling products mereka.
Disebabkan ads manager dan pixel dah ada banyak data, its safe to say yang kempen ni dah boleh start scaling dengan kempen broad.
So, antara kempen broad yang saya buat dan berikan hasil terbaik ialah:
Sebelum ni sales RM500 – RM1000 per day on average.
Sekarang RM4 – RM6k daily on average.
Naik 4 kali ganda dengan bajet yang sama! 🚀
Sebelum saya tamatkan penulisan untuk case study kali ni, jom kita revise balik strategi simple ni secara ringkas.
Yang pertama, gather data.
Dekat bahagian ni, saya kaji winning creative, best selling products dan winning audience mereka.
Kemudian saya test new interest dan advert.
Dekat bahagian advert, saya guna variasi dari winning ads dan best selling.
Simple je game plan yang saya guna.
Split test dan cari winning tu makanan biasa untuk marketer.
Yang jadi isu dan perlukan perhatian ialah bila harini kempen A, B, C perform.
Hari esok, kempen C, D, F pula yang perform.
Jadi penting untuk kita tahu bagaimana nak scale dan control budget supaya tak overspend dan dapat maintain ROAS yang tinggi.
Macam mana nak control budget? Takkan nak buka ads manager setiap jam kan.
Jadi tak perlu pening – pening, guna je automated rules untuk bantu anda dengan optimization & scaling.
Itu sahaja untuk case study kali ini, semoga bermanfaat!
Pada 28 Oktober 2022 (Jumaat), setiap peserta yang dapatkan Ads Masterclass akan terima akses ke Kit Sales Page bernilai RM200 secara percuma. Offer ini akan live mulai pukul 3 PM sehingga 12 malam.
“Kit Sales Page tu apa?” Jom tengok video penerangan ni 👇🏻