Menu
Mail: hello@baemashrawi.com
© BIGFUNNELS, Forwarding Malaysians Digital Since 2012
Tahun 2022 ni, ramai yang dah biasa atau ‘expert’ dengan Facebook™ Ads.
Tapi ramai juga yang masih stuck masa nak scale dan maintain results untuk jangka masa panjang.
Memang tak ada teknik magik TETAPI anda kena faham seni buat iklan dan macam mana teknikal Facebook™ Ads berfungsi.
Barulah anda boleh convert lebih ramai pelanggan dan hit ROAS yang tinggi.
Dalam blog post ni, saya akan kongsikan strategi dan apa yang anda kena buat untuk scale Facebook™ Ads dengan efektif.
Strategi ni juga ialah apa yang saya guna untuk hit RM100k dalam masa 2 minggu.
Cuma apa yg saya kongsikan di bawah ni ialah teknik yang lebih updated.
Kejayaan kempen marketing bergantung pada ketelitian anda semasa buat kajian tentang target market.
Ini kerana Customer Avatar akan bantu kita lebih jelas dengan target audience dan mesej yang kita patut guna dalam iklan.
Bila kita ada proper plan dan jelas dengan apa yang kita patut test, kita akan jimat masa dan wang dari ‘menembak secara rambang’.
Jadi, pastikan anda dah siapkan customer avatar dan bina tawaran yang sukar ditolak.
Tak ada gunanya kalau copywriting atau gambar iklan on point tapi prospek dah tak excited bila tengok offer anda.
Nanti kita retarget macam mana pun tetap susah nak convert mereka jadi pelanggan.
Lepas dah selesai dengan customer avatar dan bina offer, hasilkan copywriting dan gambar iklan.
Dalam split test fasa 1, goal utama kita ialah untuk cari winning advert.
Jadi hasilkan variasi dan test Ad Creative, Copywriting & Headline.
Anda juga kena test dan kenal pasti kategori pelanggan dan angle yang profitable.
Sebab itulah customer avatar penting, ia bantu kita untuk jadi ‘well prepared’.
Kita akan tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang kita perlu test kalau iklan tak menjadi.
Sekarang, saya akan kongsikan teknik untuk setting iklan pula.
Lepas create new campaign, pilih objective Sales untuk Conversions.
Untuk Whatsapp, pilih Traffic.
Dekat bajet, set RM30 – RM60 je dulu.
Dekat conversions event, set kepada Purchase.
Dekat locations, set kepada ‘People living in this location’.
Kemudian set umur & gender untuk target audience anda.
Dekat languages, set kepada Malay & English (All).
Dalam fasa ni, kita nak cari winning atau advert yang mempunyai potensi melalui iklan broad.
Dengan setting ni, kita akan biarkan Facebook™ yang buatkan targeting untuk kita.
Jadi guna interest yang relevan hanya kalau produk anda khas untuk target audience yang spesifik.
Dekat placements, klik pada Manual placements dan tutup Audience Network & Messenger.
Kalau run iklan Whatsapp, set kepada mobile sahaja.
Bila dah selesai, upload advert anda.
So itu sahaja setting dia, takda teknik magic pun.
So dalam fasa 1 ni, jangan lupa yang kita kena cari winning atau advert yang tunjukkan potensi.
So run iklan untuk 24 – 48 jam untuk cari ad creative dan copywriting yang berkesan.
Goal dalam kempen Audience Testing ialah untuk test audience baru dan dapatkan lebih banyak winning advert.
Sebelum mula, sediakan sekurangnya 5 audience untuk test winning atau advert yang dah tunjukkan potensi.
Potensi macam mana? Boleh jadi CPP rendah, klik ke sales page murah, CTR tinggi dan banyak engagement pada post.
Di bawah ni ialah contoh audience yang anda boleh test untuk targeting:
Dekat bahagian bajet, kita akan guna bajet yg kecik sahaja jadi letakkan target CPP anda.
Dekat bahagian ayat iklan dan ad creatives, gunakan winning advert yang anda perolehi dari kempen dalam fasa 1.
Selain test audience baru, tugas anda dalam fasa ni juga ialah untuk cari lebih banyak winning advert.
Untuk test advert baru, duplicate kempen dan hasilkan variasi menggunakan struktur winning advert anda.
Sebagai contoh, kalau majoriti conversions atau results terhasil dari iklan jenis testimoni, gambar grid atau hook pasal benefit X.
Duplicate dan hasilkan variasi guna struktur yang dah berikan hasil tu.
Dah ada winning advert dari kempen split test?
Saya tahu anda tak sabar untuk naikkan bajet dan scale.
Untuk mula fasa scaling, anda kena ada winning advert dan audiences dulu.
Kempen winning tu juga mesti lah dah hasilkan jualan dengan konsisten.
Cara ni ialah cara berisiko rendah dan ia dikenali sebagai vertical scaling.
Cara 1: Edit kempen atau adset dan naikkan bajet sebanyak 20% – 40%.
Nak scale laju sikit? Anda boleh guna cara kedua ni.
Cara 2: Let’s say anda mula kempen dengan RM60 dan salah satu dari iklan anda berikan hasil.
Naikkan bajet RM60 ke RM150.
Results masih stable? Naikkan ke RM300 kemudian naikkan ke RM600 kalau iklan tu masih konsisten.
Cara kedua ni pun sama, edit bajet dekat adset sahaja.
So perkara penting yang kita kena ingat dekat sini ialah scale kempen atau adset yang stable dan dah hasilkan jualan konsisten sahaja.
Kalau results tak stable lepas anda buat vertical scaling, itu maksudnya ada variables yang masih belum sedia untuk fasa scaling.
Jadi split test creative, copywriting atau target angle yang berbeza.
Sebelum mula scale up dengan bajet yang lebih besar, kita kena go thru satu lagi fasa untuk pastikan yang winning ads tu betul – betul boleh perform untuk jangka masa panjang.
Fasa ni kita panggil sebagai Ads Validation.
Ambil advert yang tunjukkan potensi besar dan test dalam kempen CBO dengan gunakan targeting broad.
Sekarang, anda mungkin dah ada 3 – 5 winning advert yang dah berikan hasil konsisten.
Anda boleh scale up dengan bajet yang lebih tinggi tapi saya jamin tak semua ads tu akan run dengan stable.
Semasa fasa validation, sesetengah iklan tak akan perform macam sebelumnya, sesetengah lagi pula akan terus dapat purchase secara konsisten.
Ads yang perform secara konsisten ni lah yang anda akan ambik dan guna untuk scale further dalam fasa seterusnya.
Fasa ni khas untuk marketers yang dah ada great results semasa testing dan validation.
Dalam fasa ni, anda tak perlu fokuskan pada testing creative dan audience lagi sebab fasa tu kita dah buat sebelum ni.
Jadi kalau anda skip fasa testing dan scale tanpa gunakan clear winners, anda mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk bakar duit iklan anda.
Ini kerana scaling bukan hanya sekadar edit dan tingkatkan bajet. Ia memerlukan strategi, pemahaman dan kesabaran.
NOTA: Scaling melibatkan risiko walaupun anda dah ada proven audience, creative, funnel & offer.
Contoh: Gender Male & Female dengan range umur 35 – 54 berikan results terbaik dalam kempen testing.
Masa scaling untuk iklan broad, buat 3 kempen guna advert yang anda dah validate.
Set bajet yang tinggi sebab kita nak exit dari fasa learning secepat yang mungkin.
Guna audience & range umur yang dah berikan results semasa split test.
Kalau Female 25 – 44 berikan results terbaik, guna setting ni semasa anda buat broad scaling.
Monitor results & performance iklan anda.
Yang paling penting sekali, scale guna kempen dan creative yang stable dan dah hasilkan jualan konsisten sahaja.
So tu adalah strategi yang saya guna untuk scale Facebook™ Ads dari 0 ke RM100k.
Sebelum saya tamatkan perkongsian, jom recap apa yang kita dah belajar:
Dalam Ads Masterclass, anda akan belajar hasilkan iklan dan teknik scale up berkesan.
Saya akan kongsikan strategi lengkap untuk PLAN, TEST dan 6 teknik untuk SCALE iklan dengan profitable.
Panduan ini dah dikemaskini untuk bantu anda win big dengan Facebook™ Ads pada 2022 ni!
Isi borang di bawah untuk sertai waiting list dan terima notifikasi apabila pendaftaran dibuka.
Mail: hello@baemashrawi.com
© BIGFUNNELS, Forwarding Malaysians Digital Since 2012