Kalau tengok dekat ads manager masa run kempen ni, ROAS cuma sekitar 3 – 5X sahaja.
Disebabkan target minima untuk ROAS saya ialah 4X, maka banyak kempen yang saya dah tutup awal pada masa tu.
Tapi bila saya tengok balik dekat overall ad spent dan sales, kempen ni sebenarnya dah berjaya buat 7.5X ROAS!
Dengan bajet RM69k, kempen ni hasilkan jualan sebanyak RM521k+. Jadi saya gali & tengok balik apa yang buatkan kempen ni melompat dari 4X on average ke 7.5X ROAS.
Ya, kita boleh terus dapat jualan dan parcel yang berguni – guni dengan iklan hardsell.
Tapi apa jadi tak lama lepas tu?
Iklan makin mahal, susah nak scale up, end up sales menurun.
So dekat bawah ni saya akan kongsikan perkara yang saya buat untuk improve ROAS dari 3X on average ke 7.5X.
Bila saya gali dan tengok balik kempen ni, saya belanja hampir 15% dari total bajet untuk promote konten bina trust.
Antara jenis konten yang bagi saya the best results adalah:
- Success story – Focus pada ‘pleasure’ dan apa yang customer dah buat untuk achieve goal.
- How to / tips / tutorial – Focus dekat pain point & berikan advice atau jalan keluar untuk selesaikan masalah.
Setiap konten softsell di atas ni berakhir dengan CTA untuk ke sales page.
Saya guna rule 80/20 dimana 80% post di social media saya guna format di atas.
20% lagi, barulah saya fokuskan pada
- Direct response
- Promo / Diskaun
- Features & Benefits
- Objections
Big mistakes yang ramai usahawan online selalu buat ialah..
Lepas hasilkan konten, mereka tak promote dan biarkan je konten tu mereput dekat page.
Silap besar no 2 pula ialah mereka nak quick win.
Anda boleh dapat jualan & ROAS positif dari content marketing.
Tapi disebabkan sales yang masuk tak laju macam iklan direct response..
Ramai kalah awal masa buat konten marketing.
Goal utama dekat peringkat ni ialah kita nak kenalkan brand, dapatkan trust customer dan pada masa yang kita build audience kita.
Nak run conversion ads atau klik terus ke whatsapp untuk menjual tu memang takda masalah..
Tapi sila allocate budget untuk introduce & buat target market jatuh hati dengan brand anda melalui content marketing.
Nak standout dari competitors? Nak create long term business with raving fans? Konten!
Belum ada bajet untuk buat iklan TV, Radio atau Billboard? Konten!
Dan yang paling penting, nak bisnes anda bertahan untuk jangka masa panjang? Start invest dekat konten..
Carzey hit jualan RM73k dari bajet RM4k dari iklan. The secret sauce?
Selain fokus dekat iklan menjual, mereka build brand dengan jadi aktif di social media.
Mereka bukan sahaja pos tentang info produk dan free gifts yang customer mereka akan dapat.
Tapi Carzey juga kongsikan konten engagement yang target market mereka minat dan ‘kisah’ untuk baca.
Mereka tidak syok sendiri.
Target market minat dengan kereta, mereka share info dan news tentang kereta.
Sekarang kita beralih ke strategi kedua yang saya guna iaitu follow up.
Saya yakin ramai usahawan yang dah start serious simpan & jaga database.
Tapi sama macam kes konten tadi.. Kita tak boleh biarkan dia mereput macam tu je..
Sebahagian besar future sales anda akan datang dari database sedia ada.
Jadi, kita kena simpan, jaga dan leverage sebab database adalah asset yang sangat penting dalam bisnes kita.
Sales RM40k dalam masa 2 hari ni terhasil dari 7 email follow up.
Di bawah ni adalah flow yang saya guna:
Email #1: Announce tentang offer.
Email #2: Reminder tentang promo malam ni.
Email #3: Jualan dibuka.
Email #4: Last Call.
Esoknya, guna flow yang sama dan buat Extended Offer untuk mereka yang terlepas.
Extended offer ni penting sebab dia topup at least 25 – 30% extra dari sales hari pertama.
Jadi sangat – sangat rugi kalau kita tinggalkan part ni.
So, follow Up guna Email atau SMS.. Mana lebih berimpak?
Saya prefer email atas faktor kos dan bilangan email yang saya boleh hantar.
SMS pula memerlukan kredit jadi saya guna untuk ‘crucial annoucements’ sahaja.
Dengan email, kita boleh selalu kongsi konten bina trust yang kita dah hasilkan.
Guna rule 80 / 20 macam post di social media di mana 80% ialah konten yang informative dan bermanfaat.
Lagi 20% tu, berikan offer guna flow yang saya kongsi di atas untuk boost ROAS anda.
Selain diskaun, anda boleh buat offer dengan berikan bonus eksklusif.
Contoh: Kalau beli produk ‘X’ pada 5 – 7 Mei ni, anda akan dapat bonus ‘Y’.
Kalau kat luar, value ‘bonus Y’ ni ialah ‘RM2XX’ tapi sepanjang tarikh special tersebut, pelanggan anda boleh dapat bonus tersebut secara percuma!
Jadi tu ialah 2 strategi yang saya guna untuk boost ROAS dari 5X ke 7.5X!
Saya yakin, kalau anda improve dekat 2 perkara ni..
Anda boleh hit conversions & ROAS yang jauh lebih baik dari sebelum ni.