Menu
Mail: hello@baemashrawi.com
© BIGFUNNELS, Forwarding Malaysians Digital Since 2012
Tripwire Funnel ialah proven shortcut untuk dapatkan pelanggan pada kos yang murah.
Anda boleh guna strategi ni untuk grow database pelanggan dan skyrocket jualan online anda dalam masa yang singkat.
Untuk bantu anda lebih jelas dengan funnel ni..
Saya juga akan kongsikan case study bagaimana saya buat ekstra RM105k dengan tripwire funnel & auto follow up melalui email.
Katakan anda dah jual 500 wholecake dan pelanggan anda pun dah tahu yang kek anda ni memang betul – betul sedap.
Kiranya produk anda ni memang a good product!
Tapi 500 kek yang terjual tu kebanyakannya datang daripada past marketing efforts dan database pelanggan sedia ada.
So masa nak scale up dan grow bisnes, anda struggle untuk yakinkan audience baru supaya beli produk anda.
Bila masuk je dalam bab kek, anda memang champion di hati pelanggan & di mata audience yang dah kenal brand anda.
Tapi di mata cold audience yang TAK KENAL dan TAK PERNAH TAHU pasal brand anda..
Mereka mungkin ada soalan seperti:
So pada mata baru, mereka ada halangan dekat trust dan harga produk.
Tapi kalau kita minify produk ni dan jual dia by slice instead of wholecake..
Kita akan buat audience baru lebih berani untuk cuba produk kita.
Pertama, halangan dekat harga tinggi dah tak ada.
Kedua, kita kurangkan risiko & fear mereka.
“Kalau set kecik ni tak jadi, tak lah bazir macam beli set besar.”
Dengan menggunakan strategi ni, anda secara langsung akan buat produk anda jadi lebih irresistible dan makin sukar untuk ditolak.
KUNCI UTAMA: Anda kena pastikan yang first slice of cake ni betul-betul sedap lepas pelanggan cuba.
Kalau puas hati, barulah mereka akan beli wholecake aka core offer masa anda follow up dan buat upsell nanti.
Wholecake funnel ni strategi dia simple je.
Bina tawaran mini dari core offer anda dan jadikan sebagai tripwire dalam sales funnel.
Marketers panggil strategi ni tripwire sebab ianya ialah proven shortcut untuk create customers dengan pantas.
Dan ia boleh bantu anda grow database dengan cepat.
Yang penting, pastikan first slice of cake anda sedap.
Kemudian follow up untuk upsell core offer anda.
So ada 2 sebab kenapa strategi ni akan bantu bisnes anda grow dengan cepat.
Saya akan terangkan bagaimana nak splinter offer anda dan jadikan dia sebagai tripwire dalam proses jualan anda.
Di bawah ni ialah core offer untuk Nutri PRO yang saya dah hasilkan dari chapter 2.
Lets say:
Dari core offer di atas, saya minify tawaran ni jadi 7 day trial kit.
Kalau sebelum ni harga tinggi, sekarang mereka boleh dapatkan trial kit 7 hari untuk test power terlebih dahulu.
Kalau sebelum ni mereka takut beli whole set, sekarang mereka boleh cuba tawaran mini anda dulu.
Goal utama saya ialah untuk tarik lebih ramai orang baru untuk cuba produk saya.
Lepas mereka dah cuba, saya akan follow up dan connect mereka ke tawaran utama.
Kalau mereka puas hati dengan trial kit ni, peluang saya untuk buat mereka beli tawaran utama masa proses upsell nanti lebih tinggi.
Sebelum ni, saya ada produk digital berharga RM297.
Tapi masa run FB Ads..
Cost per purchase tak macam produk yang sebelum ni. Nak tune untuk scale up tu susah betul!
Jadi saya ambil chapter 1 dari produk digital ni dan jadikan dia sebagai tripwire dalam sales funnel saya.
Dalam masa sebulan, 535 pelanggan baru telah signup dan beli mini offer ni.
Total jualan yang dihasilkan ialah RM18,182.50.
Sebahagian besar dari pelanggan juga datang dari affiliate jadi profit tak sampai 5 angka pun untuk jualan ‘first wave’ ni.
Tapi, dari pintu sama yang dah tarik 535+ pelanggan ni.
Saya buat ekstra RM105k lepas follow up, upsell core offer dan buat cross sells.
Masuk bulan keempat, total jualan yang dihasilkan dari tripwire funnel ni ialah RM125K.
Untuk sampaikan mesej pada pelanggan, saya set automated follow up guna Drip.
Jadi itu ialah maksud your real profit is in the follow up.
Untung kecil masa create customer, untung besar lepas anda follow up.
So bina tawaran utama aka wholecake anda. Kemudian minify dan jadikan dia tripwire dalam sales funnel.
Present offer tersebut pada target market anda dan follow up untuk jual tawaran utama.
Yang penting, first slice of cake anda kena sedap, servis mantop dan pelanggan betul – betul puas hati.
Nanti barulah mereka akan datang lagi dan beli wholecake kita! 🙂
Itu sahaja untuk chapter ini, jumpa anda dalam chapter seterusnya dalam Kit Sales Page iaitu Formula Copywriting!
Saya akan tunjukkan cara bina sales page lengkap melalui video dan ebook penerangan yang anda boleh faham dan follow dengan mudah.
Selain seni bina copywriting & sales page berstruktur, anda juga akan belajar bina tawaran yang kukuh, strategi upsell dan sales funnel untuk conversions!
Klik button di bawah untuk baca lanjut tentang Kit Sales Page sekarang.
Mail: hello@baemashrawi.com
© BIGFUNNELS, Forwarding Malaysians Digital Since 2012